NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keahlian 7 wakil rakyat Bersatu terhenti serta-merta

Caption: Enam Ahli Parlimen yang terkesan dengan pindaan pada perlembagaan Bersatu adalah (dari atas, kiri ke kanan) Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), (bottom, L-R) Zahari Kechik (Jeli), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).


PETALING JAYA: Keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu terhenti serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan khusus Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk mengesahkan kesetiaan.

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris, yang mengesahkan perkara itu berkata, keahlian mereka terhenti berkuat kuasa 31 Mei, tarikh akhir untuk menandatangani dan menyerahkan surat tersebut.

“Apabila mereka tak jawab surat itu, tak balas surat arahan parti itu, memang terhenti keahlian. Itu sahaja,” katanya kepada FMT.

Semalam, Presiden Muhyiddin Yassin mengumumkan seramai 25 Ahli Parlimen dan 58 Adun Bersatu menandatangani surat arahan khusus MPT seperti yang dikehendaki dalam tempoh 14 hari.

Arahan khusus tersebut dikeluarkan susulan tindakan enam Ahli Parlimen menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan seorang Adun Selangor menyokong Menteri Besar Amirudin Shari.

Muhyiddin mengingatkan wakil rakyat parti itu bahawa keahlian mereka akan disifatkan terhenti sekiranya gagal mematuhi arahan MPT.

Sebelum ini, semua wakil rakyat Bersatu diberi tempoh untuk menyatakan pendirian. Setiausaha Agung Hamzah Zainudin dilapor berkata keahlian mereka akan terhenti serta-merta sekiranya gagal membalas surat tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Surat itu dikatakan mengandungi arahan, yang antaranya memaklumkan mereka harus setia kepada parti serta mendukung dasarnya, dan memberitahu kepimpinan Bersatu tidak akan menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan.

Enam Ahli Parlimen Bersatu mengumumkan mereka menyokong pentadbiran Anwar iaitu Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari pula menyokong pentadbiran Amirudin.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo