NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Johari tiada pilihan, perlu isytihar 6 kerusi Bersatu kosong, kata Wan Saiful

Wan Saiful Wan Jan berkata krisis perlembagaan boleh tercetus jika Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul tidak mengikut duluan yang diputuskan.


PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul tiada pilihan selain perlu mengisytiharkan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah sebagai kosong selepas Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka di kerusi Nenggiri.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berkata jika ‘precedent’ itu tidak dituruti, kemungkinan tercetus satu krisis perlembagaan yang serius akibat tidak mengikut duluan telah diputuskan.

Katanya, mengikut undang-undang tubuh negeri dan Perlembagaan Persekutuan, apabila berlaku keguguran keahlian seseorang wakil rakyat daripada partinya, maka kerusi yang dipegang perlu dikosongkan.

“Saya berharap Johari Abdul sebagai speaker Dewan Rakyat akan memastikan ada sedikit ‘uniformity’ (keseragaman) dalam pelaksanaan peraturan-peraturan DUN dan Dewan Rakyat setelah melihat apa yang berlaku di Kelantan.

“Saya pasti Johari pun faham dan sedar bahawa beliau tidak ada pilihan untuk mengisytiharkan enam kerusi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat itu, kosong juga,” kata Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Terdahulu, Amar mengumumkan kerusi DUN Nenggiri berlaku kekosongan luar jangka mulai hari ini, selepas menerima notis bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan daripada Azizi pada 13 Jun, dan Bersatu pada 12 Jun memaklumkan beliau hilang keahlian Bersatu dan berlaku kekosongan luar jangka kerusi itu.

Bagaimanapun, Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata beliau akan membawa keputusan speaker DUN Kelantan ke mahkamah.

Azizi antara enam Ahli Parlimen dan Adun Bersatu yang terlucut keahliannya kerana mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Ahli Parlimen lain yang menyokong Anwar ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari pula menyokong Amirudin.

Semuanya gagal menjawab surat arahan bertulis MPT Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo