NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jawapan Kepada Jawapan Perdana Menteri Dalam Parlimen Isu Blackrock

Aku ada meneliti jawapan PMX mengenai pembelian saham MAHB oleh Blac.kr0ck dalam Parlimen. Jujur aku sebut, PMX membongak terang-terangan. Biar aku jelaskan kenapa aku cakap begitu.

1. PMX kata pemilikan Khazanah naik 41% ke 70% dan pemilikan asing hanya 30% menerusi GIP dan ADIA. 25% dimiliki GIP dan 5% dimiliki ADIA.

Bagi mereka yang faham dunia korporat, pemegangan saham 30% adalah sangat signifikan. Ini membolehkan syarikat tersebut mempunyai wakil untuk duduk dalam Lembaga Pengarah, mengundi dan menentukan halatuju syarikat. 

Ini bukan macam jadi ahli mesyuarat tingkap. Boleh pilih nak duduk luar atau dalam??

2. Blac.kr0ck memiliki pelaburan berjumlah RM20.5 Billion sekarang ini dalam negara kita. Apa masalahnya untuk memiliki 25% saham MAHB?
PMX gagal memahami pelaburan sedia ada oleh Blac.kr0ck adalah melalui open market di Bursa Saham. Berbeza dengan cadangan oleh Khazanah untuk menjemput Blac.kr0ck masuk dan melabur. 

RM20.5 Billion ini mewakili peratusan rendah dan tidak signifikan bagi banyak syarikat. Tetapi cadangan pemilikan dalam MAHB adalah 25% bagi sebuah syarikat yang merupakan sangat signifikan. 

3. PMX kata PN pernah menjemput Blac.kr0ck untuk menguruskan asset KWSP pada 2021. Jadi kenapa dia tak boleh?

Aku rasa PMX kena faham kenapa masa 2021 kita makan Mekdi dan minum Stabak? Sekarang kita b0ikot. Kalau dia faham sebab apa dia akan faham kenapa rakyat bantah penjualan MAHB kepada Blac.kr0ck sekarang. 

4. Cadangan penjualan saham MAHB kepada Blac.kr0ck dibincangkan vs tidak dibincangkan dalam kabinet

Perkara ini sangat mengelirukan kita. PM kata tak bincang, tapi maklum. TPM kata bincang. Tok Mat kata tak pernah bincang dan maklum. Mana satu betul? Takdak whatsapp group ka hangpa ni? 

5. Prestasi KLIA jauh berbeza dengan negara jiran.

Apakah PMX maksudkan adalah kalau GIP ambil alih saham MAHB, maka GIP boleh bantu perbaiki prestasi MAHB. 

Sekarang ni, GIP uruskan 4 buat lapangan terbang. London City Airport, Sydney Airport, Gatwick Airport dan Edinburgh Airport. Semua airport yang diuruskan oleh Blac.kr0ck duduk kat tangga 48, 55 dan 82 dalam ranking Skytrax World Airport.

KLIA duduk tangga keberapa? 71. Haaaa lebih kurang je pun dengan MAHB. Jadi apa nilai tambah untuk MAHB? 

Kalau betul nak perbaiki prestasi MAHB, baik invite syarikat yang uruskan lapangan terbang no.1 dunia iaitu Hamad International Airport Doha iaitu Qatar Airways atau pengendali lapangan terbang no.3 dunia iaitu Incheon International Airport iaitu Incheon International Airport Corporation. 

Aku setuju je nak jemput pelabur berpengalaman untuk bantu menaikkan lagi prestasi MAHB, tapi bukan Blac.kr0ck atau GIP lah. 

Kau nak belajar main bola power, dengan team power macam Arsenal okeylah, takkan nak belajar dengan team pertengahan macam Man Utd kan??

6. Perbezaan antara syarikat berkepentingan Is not Real dengan syarikat milik Is not Real

PMX beri contoh Apple, Microsoft, nVidia ada kepentingan Is not Real sama seperti Blac.kr0ck dan bukannya milik Is not Real. Elok je kita gunakan dan tidak b0ikot.

Aku nak bagitau PMX syarikat yang dia sebut tu tidak terlibat dalam industri persen.jataan atau ketent.eraan yang secara langsung terlibat dalam konflik kat GZ. 

Malah CEO Blac.kr0ck Larry Fink juga secara terbuka menyokong Is not Real. Agak-agaklah kalau nak buat contoh pun.

Selain itu, dari sudut prestasi kewangan dan prestasi penumpang MAHB sebelum, semasa dan selepas Covid-19 adalah seperti berikut: 

2023: Untung RM 543.2 Juta dan 119.5 juta penumpang
2022: Untung RM 187.2 Juta dan 81.9 Juta penumpang
2021: Kerugian RM 766.4 Juta dan 36.1 Juta Penumpang
2020: Kerugian RM 1116 Juta dan 43 Juta penumpang
2019: Keuntungan RM 537 Juta dan 141.2 Juta penumpang

Data diatas menunjukkan MAHB sudah hampir pulih dari sudut prestasi kewangan dan juga jumlah penumpang seperti sebelum Coivd-19. 

Kalau nak tingkatkan lagi prestasi MAHB, carilah pelabur yang tiada kontroversi sokong Is nOt Real dan paling penting terbukti prestasi mereka terbaik. 

Sebagai contoh Dana Persaraan Norway buat keputusan untuk tarik pelaburan dia dalam syarikat  Cate.pillar yang membuat jentera yang digunakaan oleh tent.era Is Not real. 

Norway ni bukan negara Islam tau. Elok je dia boleh batalkan. 

Yang kau tu Perdana Menteri sebuah negara Islam. Ahli-ahli kau gelarkan kau khalifah Madani bagai. Tapi takde keberanian nak dengar suara dan isi hati rakyat kau yang mahu cadangan pelaburan ini dibatalkan. 

Sha.me on you Anwar Ibrahim!!!

Salam Hormat,
Nurul Islam Mohamed Yusoff

( Hide )
  1. Datuk Yip Kum Fook tidak putus-putus melakukan kejahatan, kini sudah berusia 70 tahun dan masih menjana pendapatan di usia muda. Dia membayar wang kepada seseorang yang pakar dalam komputer untuk memadam WEB, BLOGGER, YOUTUBE, dll., tentang siapa yang menyiarkan dan mengulas tentangnya

    Beberapa laman web tidak menyebutnya dan juga dia memadamnya, ini adalah fikiran kotor, dan web mempunyai banyak dokumen atau dokumen penting juga hilang, kita tahu Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya melakukannya, kita akan menghantar aduan kepada manusia PBB hak untuk mengurus perkara ini

    Mengadu kepada kerajaan Malaysia tiada kesan kerana Datuk Yip Kum Fook ada wang untuk menutup mulut kerajaan, tetapi kerajaan diam seperti kucing dan tikus...Simon Low Kok Meng sangat diam seperti tikus kerana Datuk Yip membayar wang untuk hidup. (Simon Low tidak perlu mempunyai pekerjaan sehingga sekarang)

    Orang Melayu, Cina, India, dan lain-lain perlu berhati-hati kerana jika IC anda hilang, anda perlu laporkan kepada polis secepat mungkin, abang saya bernama Ah Chong(Ng) telah ditipu ICnya oleh Datuk Yip Kum Fook

    Lim, Ho, Chong…..Taman Desa Jaya….Kepong

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo