NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jakim ajak ustaz Don ‘borak santai’ berkenaan isu sejarah Nabi Muhammad

Mohd Na’im Mokhtar berkata pertemuan Jakim dengan Don Daniyal Don Biyajid akan diadakan secara santai dalam masa terdekat.


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pendakwah popular ustaz Don Daniyal Don Biyajid bagi mendapatkan penjelasan lanjut kenyataannya yang dipertikai ramai berhubung sejarah hidup Nabi Muhammad SAW.

Menteri Hal Ehwal Agama Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau akan meminta Ketua Pengarah Jakim Hakimah Mohd Yusoff untuk mengatur pertemuan terbabit dalam masa terdekat.

“Jakim selalu ambil pendekatan macam itu di belakang tabir,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Al-Liqa Al-Qanuniy.

Sebelum ini beberapa pihak termasuk pengguna media sosial mempertikaian dakwaan Don Daniyal di sebuah stesen radio mengenai kisah cinta pertama Nabi Muhammad.

Dalam program berkenaan, Don Daniyal mendakwa Nabi Muhammad pernah melamar seorang wanita yang dikenali sebagai Ummu Hani sebanyak tiga kali.

Kelmarin, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata kisah Nabi Muhammad melamar Ummu Hani adalah benar sewaktu wanita itu baru memeluk Islam tetapi hanya berlaku sekali sebagaimana yang diriwayat dalam Sahih Muslim.

Bagaimanapun, dakwaan dua lamaran berlaku sebelum memeluk Islam adalah tidak diterima kerana sanad riwayatnya terlalu lemah dan tidak layak dijadikan sandaran.

Susulan kontroversi itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) ‘merehatkan’ Don Daniyal daripada program Salam Baitullah yang bersiaran pada musim haji bermula 2 hingga 17 Jun.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo