NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu diesel: Rakyat dipaksa terima logik, formula PMX, Rafizi




KUALA LUMPUR: Kerajaan dituntut agar mengkaji semula tindakan penetapan harga diesel dan pelaksanaan subsidi bersasar bahan api itu bagi memastikan kenaikan harga diesel tidak memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat yang kian tertekan.

Pengerusi Pertubuhan Ekspresi Anak Malaysia (Anak Malaysia), Mohd Rosharizan Mohd Rozlan berkata, pihaknya memandang ke hadapan dalam isu ini dan menuntut langkah sewajarnya daripada kerajaan untuk menangani mimpi ngeri rakyat, antaranya kenaikan harga barang, kos pengangkutan awam serta kos sektor lain.

“Tindakan ini juga dilihat selektif kerana hanya melibatkan Semenanjung Malaysia. Kerajaan perlu merangka dasar yang meliputi seluruh negara bagi memastikan sesuatu dasar itu holistik dan membela rakyat semuanya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan rakyat dipaksa menerima segala logik dan formula yang dilontarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli. 

“Terpahat dalam sejarah, satu lagi calar baharu dalam karier Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bermula dengan Pangkalan Data Utama (PADU), diikuti dengan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi Madani (BUDI), diakhiri dengan tragedi kenaikan harga diesel kepada RM3.35 sen seliter.

“Laungan ‘REFORMASI’ seakan telah sunyi dan dihumban jauh ke tengah laut. Inilah realiti yang perlu dihadapi rakyat kini,” katanya. –HARAKAHDAILY 12/6/2024








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo