NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hantaran berkait Hannah Yeoh dan suami disekat, SKMM nafi hantaran FB disekat atas arahan timbalan menteri



PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan tindakannya menyekat kandungan dimuat naik seorang pengguna Facebook atas arahan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

SKMM dalam kenyataan berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati kandungan dimuat naik pengguna Facebook berkenaan mengandungi elemen tidak benar dan mengelirukan, selain melanggar garis panduan komuniti Meta.

“Pemilik akaun Facebook berkenaan melalui hantaran beliau bertarikh 3 Jun memberi gambaran mengaitkan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berikutan tindakan sekatan yang dibuat.

“SKMM ingin menegaskan bahawa dakwaan pemilik akaun Facebook berkenaan adalah tidak benar. Untuk makluman, tindakan diambil berdasarkan aduan diterima dan berpandukan prosedur operasi standard ditetapkan,” katanya.

Katanya, tindakan itu juga diambil berdasarkan penelitian dibuat secara objektif apabila mendapati kandungan berkenaan mengandungi elemen tidak benar dan mengelirukan, selain melanggar garis panduan komuniti Meta.

“Salah satu tanggungjawab perundangan utama SKMM adalah untuk memastikan platform dalam talian tidak diguna pakai untuk sebarang perlakuan atau percubaan melakukan pelanggaran bawah undang-undang bertulis Malaysia, dan ini termasuklah menyebarkan berita palsu serta berunsur fitnah,” katanya.

Terdahulu, seorang peguam di Pulau Pinang menghantar surat tuntutan kepada SKMM kerana menyebabkan hantarannya di Facebook berkait Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) disekat Meta.

Shamsher Singh Thind mendakwa, hantaran dibuatnya di Facebook pada 26 Mei lalu disekat untuk pembaca Malaysia susulan permintaan daripada SKMM.

Dalam hantaran itu, Shamsher menulis: ‘Congratulations DAP and Hannah Yeoh. Open tender is the way. Tapi dalam kes suami Hannah, tak ada tender, jadi apa yang di-opennya?’

Hannah Yeoh yang juga menteri belia dan sukan mencetuskan kontroversi selepas sebuah firma dikaitkan dengan suaminya dilantik kerajaan Selangor untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam di negeri itu.

Beberapa pihak menyatakan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku layanan utama dan konflik kepentingan dalam pemilihan Asia Mobiliti, yang diketuai suami Yeoh, M Ramachandran, sebagai salah satu daripada dua syarikat yang dipilih dalam projek ‘Demand-Responsive Transit’ (DRT).


Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo