NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

FMM kecewa pengurangan surcaj elektrik ‘minimum’

Kerajaan umum tarif elektrik bagi pengguna bukan domestik akan dikurangkan dan bagi pengguna domestik dikekalkan.


PETALING JAYA: Persekutuan Pekilang Malaysia kecewa dengan pengurangan surcaj elektrik yang menurutnya ‘minimum’.

Presiden Soh Thian Lai berkata pengurangan daripada 17 sen/kWh kepada 16 sen, bagi separuh kedua tahun ini, sudah dijangka, dengan harga arang batu stabil sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata pekilang mahu kerajaan lebih telus tentang bagaimana ia mengira surcaj tersebut.

FMM menyeru perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diberi surcaj lebih rendah, sepertimana syarikat-syarikat dalam perkhidmatan air, yang akan dikurangkan daripada 3.7 sen/kWh kepada 2.7 sen/kWh.

“PKS-Mukro membentuk 98% daripada perniagaan, menggajikan 7.3 juta daripada tenaga kerja kita, dan menyumbang 37.4% daripada keluaran dalam negeri kasar.

“Persekitaran surcaj tinggi yang berterusan tidak akan dapat dipertahankan bagi PKS untuk terus berdaya saing dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan.

Soh berharap kerajaan akan kemuka kadar tarif perindustrian yang ‘berdaya saing dan menarik’ berbanding kadar di negara-negara jiran.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengumumkan tarif elektrik bagi pengguna bukan domestik akan dikurangkan dan bagi pengguna domestik pula dikekalkan, untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Disember.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo