NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elon Musk benar kandungan dewasa dimuat naik di X



  • Platform media sosial Elon Musk, X mengemaskini polisinya untuk membenarkan secara rasmi kandungan dewasa di platform itu.
  • Di bawah garis panduan dikemaskini, platform yang dahulunya dikenali sebagai Twitter akan membenarkan pengguna berkongsi kandungan seksual selagi mana ia bersesuaian dan dilabel dengan jelas, lapor Al Jazeera.
  • Polisi dikemaskini pada hujung minggu itu menyatakan “pengguna seharusnya boleh mencipta, mengedar dan menggunakan bahan berkaitan dengan tema seksual selagi mana ia dihasilkan dan diedarkan atas persetujuan”.
  • “Ekspresi seksual, sama ada visual atau bertulis, boleh menjadi bentuk ekspresi artistik yang sah.
  • “Kami percaya pada autonomi orang dewasa untuk melibatkan diri dan mencipta kandungan yang mencerminkan kepercayaan, keinginan dan pengalaman mereka, termasuk yang berkaitan dengan seksualiti,” kata X dalam polisi dikemaskini di laman sesawangnya.

Platform media sosial Elon Musk, X mengemaskini polisinya untuk membenarkan secara rasmi kandungan dewasa di platform itu.

Di bawah garis panduan dikemaskini, platform yang dahulunya dikenali sebagai Twitter akan membenarkan pengguna berkongsi kandungan seksual selagi mana ia bersesuaian dan dilabel dengan jelas, lapor Al Jazeera.

Polisi dikemaskini pada hujung minggu itu menyatakan “pengguna seharusnya boleh mencipta, mengedar dan menggunakan bahan berkaitan dengan tema seksual selagi mana ia dihasilkan dan diedarkan atas persetujuan”.

“Ekspresi seksual, sama ada visual atau bertulis, boleh menjadi bentuk ekspresi artistik yang sah.

“Kami percaya pada autonomi orang dewasa untuk melibatkan diri dan mencipta kandungan yang mencerminkan kepercayaan, keinginan dan pengalaman mereka, termasuk yang berkaitan dengan seksualiti,” kata X dalam polisi dikemaskini di laman sesawangnya.

Menurut polisi itu, pendedahan kepada bahan berbentuk grafik akan dihadkan untuk kanak-kanak dan pengguna dewasa yang memilih untuk tidak melihatnya.

Ia turut menyatakan pengguna tidak akan dibenarkan untuk berkongsi kandungan “menggalakkan eksploitasi, ketidaksetujuan, objektif, seksualisasi atau bahaya kepada kanak-kanak bawah umur dan kelakuan lucah”. – The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo