NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Denda RM 100 sahaja, tampal bendera Israel di restoran



PETALING JAYA: Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kajang selepas mengaku bersalah menampal pelekat bendera Israel di sebuah restoran makanan segera, bulan lalu.

Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz turut memerintahkan Tariq Hazim Mohd Yusri, 25, menjalani hukuman penjara sehari, jika gagal membayar denda, menurut Berita Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menampal pelekat bendera Israel di restoran makanan segera, iaitu tempat seorang wanita bekerja yang mana keamanan mungkin terganggu di Batu 10, Jalan Hulu Langat, pada 4.42 petang 29 Mei lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, majistret bertanya tertuduh apa punca dia bertindak demikian dan Tariq dia marah kerana ada ahli keluarganya yang meninggal dunia di Palestin.

“Kamu (tertuduh) kena fikir kesan perbuatan sebab kalau kamu buat begitu (lekat bendera Israel di restoran makanan segera), ia tidak akan menjadikan keadaan lebih baik.”

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh, Nabilla Rosli, memohon mahkamah mengenakan denda kerana anak guamnya berpendapatan RM2,500 sebulan.

“Tertuduh perlu menanggung isteri tidak bekerja dan ibu mentua yang juga ibu tunggal, manakala ibu bapanya menghidap penyakit gout serta jantung.

“Tertuduh menyesal atas kesilapannya dan memohon maaf kepada semua pihak.”

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran pula memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal mengambil kira kepentingan awam serta sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo