NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cubaan seleweng diesel tengah malam

Tangki yang lengkap dengan saluran disyaki untuk kegiatan seleweng diesel di Klang pada Ahad.



KLANG - Cubaan seorang pemandu lori disyaki terlibat kegiatan seleweng diesel bersubsidi di sebuah stesen minyak di Persiaran Raja Muda Musa di sini pada Ahad, terbongkar.

Lelaki tempatan berusia 20-an itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menerusi Ops Tiris, kira-kira jam 12.35 tengah malam.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, serbuan dilakukan hasil pemantauan pihaknya ke atas beberapa buah stesen minyak di sekitar Klang dan Shah Alam.

Katanya, pemeriksaan ke atas lori jenis 'bonded' lima tan itu menemukan tangki disyaki mengandungi 4,800 liter diesel dipercayai hasil penyelewengan daripada beberapa stesen minyak.

"Soal siasat pemandu terbabit gagal mengemukakan apa-apa lesen barang kawalan minyak diesel.

"Lelaki itu kemudian ditahan dan kenderaan terbabit disita untuk siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya pada Ahad.

Tambahnya, selain lori, KPDN Selangor turut menyita enam tangki, dua pam penyedut dan satu unit hos disita bagi tindakan lanjut.

Katanya, bahan api bersubsidi itu dianggarkan bernilai RM10,320 manakala keseluruhan sitaan berjumlah 45,320.

"Kesemua barang sitaan itu dihantar pihaknya ke Stor Ekshibit KPDN Sri Muda," ujarnya.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo