NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon terbaik muflis, PRM tak jadi tanding PRK Sungai Bakap

Presiden PRM Ahmad Jufliz Faiza berkata, keputusan tidak bertanding pada PRK Sungai Bakap tidak bermakna parti itu tidak akan bertanding pada pilihan raya lain pada masa akan datang. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Parti Rakyat Malaysia (PRM) memaklumkan tidak akan bertanding di PRK Sungai Bakap kerana calon terbaiknya disahkan muflis.

Presidennya, Ahmad Jufliz Faiza berkata, menerusi semakan, pihaknya mendapati calon pilihannya muflis walaupun sebelum ini mengisytiharkan dirinya bebas hutang.

“Kami telah cari calon sesuai sebelum ini dan hari ini selepas membuat semakan, didapati calon yang kita nak ketengahkan diisytiharkan bankrap, walaupun pada awalnya beliau memaklumkan dalam mesyuarat biro politik beliau bebas hutang.

“Memandangkan esok hari penamaan calon, kami memutuskan untuk tidak mencari calon pengganti kerana kekangan masa untuk membuat tapisan calon baharu,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, walaupun pihaknya terkejut dan sedih dengan maklumat itu, ia tidak bermakna parti itu tidak akan bertanding pada pilihan raya lain pada masa akan datang.

Selain masalah calon, katanya, PRM juga ditekan gabungan parti tertentu supaya menarik diri bagi mengelak perpecahan undi, namun itu bukanlah sebab utama parti itu menarik diri.

Terdahulu, Ahmad Jufliz berkata, kekalahan di PRK Kuala Kubu Baharu bukanlah penamat untuk parti itu terus menyertai pilihan raya kerana mereka masih mampu memberikan sumbangan kepada negeri dan negara

Katanya, PRM sering bertanding dalam mana-mana pilihan raya di Pulau Pinang, selain pernah meletakkan Tan Joon Long sebagai calon di Sungai Bakap pada PRU 2018. parti itu

Susulan penamaan calon esok, hari mengundi PRK Sungai Bakap ditetapkan pada 6 Julai, dengan pengundian awal pada 2 Julai.

Pakatan Harapan (PH) meletakkan Joohari Ariffin sebagai calon, manakala Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan Naib Ketua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRN lepas itu.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo