NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belum tiba masa lapor SPRM, Sanusi tidak mahu ahli PKR, DAP terlibat rasuah terlepas

Sanusi Nor menyahut cabaran Rafizi Ramli untuk membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah membabitkan ahli PKR dan DAP.


PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Sanusi Nor ‘berahsia’ bila beliau akan melaporkan dakwaan banyak projek di negeri itu tergendala kerana tiada ‘pelincir’ atau rasuah diberikan kepada ahli PKR dan DAP.

Menyahut ‘cabaran’ Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli supaya dakwaan itu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sanusi berkata ia akan dibuat apabila ‘tiba masanya’.

“Bagi galak (seronok) dulu, terkinja-kinja, lompat-lompat, dan terjun telaga apa dahulu (dan) selepas itu saya (akan) buat laporan.

“Kalau saya (buat) laporan sekarang, (maka) mereka tidak akan kenalah,” katanya menurut Sinar Harian.

Sanusi yang juga pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) dipetik media mendakwa banyak projek tergendala di Kedah tergendala disebabkan tiada ‘pelincir’ atau rasuah diberikan kepada wakil PKR dan DAP.

Beliau dilaporkan membuat dakwaan itu ketika berucap pada pelancaran jentera PN PRK Sungai Bakap, 8 Jun lalu.

Rafizi dalam maklum balas pada keesokannya berkata Sanusi sengaja membangkitkan tuduhan seperti itu untuk menutup kelemahannya mentadbir Kedah.

Sehubungan itu, beliau Sanusi tidak memperbodohkan orang Melayu dan menjangka pengarah pilihan raya PN itu akan membuat bermacam lagi dakwaan pada kempen PRK Sungai Bakap.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo