NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Begitu ramai guru tempatan layak ajar bahasa Inggeris, mengapa perlu cari di Singapore

NUTP berkata ramai lagi tenaga tempatan yang mempunyai kelulusan institut pengajian tinggi awam dan swasta berminat serta layak dilantik menjadi guru bahasa Inggeris.


PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap kerajaan tidak meneruskan hasrat membawa masuk guru dari Singapura untuk mengajar bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain.

Presiden Aminuddin Awang berkata ramai lagi tenaga tempatan yang mempunyai kelulusan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) berminat serta layak dilantik menjadi guru bahasa Inggeris.

Jelasnya, kerajaan seharusnya perkasakan tenaga tempatan untuk mengisi kekurangan guru bahasa Inggeris sebelum mempertimbangkan cadangan membawa
guru dari Singapura.

“Kekurangan guru bahasa Inggeris ini boleh ditampung dengan pengambilan khas guru bahasa Inggeris secara lantikan tetap atau COS (contract of service).

“Kita ada pengalaman membawa masuk tenaga pengajar bahasa Inggeris sebelum ini, yang tidak menampakkan kesan positif berbanding jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan,” katanya kepada FMT.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berbincang dengan Singapura mengenai kemungkinan negara republik itu menghantar guru-guru untuk mengajar bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain di beberapa tempat.

Beliau berkata perkara itu disentuh dalam pertemuan empat mata dengan rakan sejawat, Lawrence Wong, di Seri Perdana semalam.

Anwar berkata beliau gembira apabila perdana menteri Singapura menyatakan kesediaan untuk menimbangkan permintaan itu bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain di negara ini.

Wong tiba di Malaysia pada malam Selasa untuk lawatan kerja dua hari atas jemputan Anwar. Ini lawatan sulung beliau ke Malaysia sebagai perdana menteri, selepas mengangkat sumpah pada 15 Mei.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo