NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bantahan penggunaan Bahasa Melayu: tidak wajar besarkan isu - Fadhlina




Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata isu Program Dwibahasa (DLP) bagi pengajaran Sains dan Matematik yang dibangkitkan Lembaga Sekolah dan Persatuan Penduduk Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Cina di Pulau Pinang tidak wajar diperbesarkan.

 

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan sesi libat urus dengan pihak berkenaan dan mendapat reaksi sangat baik daripada pengurusan sekolah.

 

"Ketika ini, JPN (Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang) sekali lagi turun dan memberikan penjelasan membuat sesi libat urus dengan sekolah-sekolah yang prosesnya berterusan untuk memahamkan berkaitan isu garis panduan dan penegasan kita di bawah dasar memartabatkan bahasa Melayu dan mengukuhkan bahasa Inggeris.

 

"Ia harus berjalan selari dan kita tidak merasa perkara ini wajar diperbesar-besarkan kerana ia hanya soal bagaimana nak mematuhi garis panduan dan memenuhi kehendak itu berdasarkan garis panduan itu," katanya.

 

Sebelum ini wakil sekolah vernakular di negeri itu menggesa KPM menghapuskan arahan ketat yang didakwa memberi kesan kepada pelaksanaan DLP.

 

Mereka mendakwa arahan terbaharu menerusi surat pekeliling itu tidak boleh dilaksanakan kerana tiada pelajar yang berminat untuk mengambil dua mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Melayu.

 

Sumber : Sinar Harian

 

Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:


https://www.youtube.com/@beritapertiwi


https://www.tiktok.com/@beritapertiwi


https://t.me/tvpertiwi


#TvPertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo