NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin hantar notis Adun Selat Klang bukan lagi ahli Bersatu

Azmin Ali berkata kerusi Selat Klang disandang Abdul Rashid Asari perlu dikosongkan.


SHAH ALAM: Bersatu hari ini memaklumkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari tidak lagi menjadi ahli parti itu.

Ketua Perikatan Nasional Selangor Azmin Ali dan Timbalan Ketua PAS Selangor Shafie Ngah menyerahkan notis itu kepada Speaker Lau Weng San di pejabatnya di Wisma DUN Selangor hari ini.

Azmin berkata beliau telah menarik perhatian speaker berhubung Seksyen 65(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, yang menyatakan bahawa speaker mesti memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai sebarang kekosongan luar jangka kerusi dalam tempoh 21 hari.

Beliau turut memetik Seksyen 65(1)(a)(ii) Perlembagaan Negeri Selangor, yang menyatakan bahawa seorang ahli DUN mesti mengosongkan kerusi mereka jika mereka meninggalkan parti politik mereka.

“Dalam hal ini, saya telah memaklumkan speaker bahawa Rashid tidak lagi menjadi ahli Bersatu,” katanya kepada pemberita.

“Ini menjadikan beliau terhenti menjadi Adun Selat Klang dan kerusi ini hendaklah dikosongkan,” katanya.

Rashid mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Mac lalu.

Beliau antara enam wakil rakyat Bersatu yang terlucut keahliannya selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia sebaliknya terus menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim.

Rabu lalu, kerusi Nenggiri disandang Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan kosong oleh DUN Kelantan kerana didapati bukan lagi ahli Bersatu. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Gua Musang.

Ahli Parlimen lain yang menyokong Anwar terdiri Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Keahlian Wakil rakyat Labuan Suhaili Abdul Rahman pula terhenti kerana memfailkan saman ke atas Bersatu pada 19 Dis tahun lalu.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo