NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azizi tangguh fail afidavit cabar keputusan speaker DUN Kelantan

Afidavit oleh Mohd Azizi Abu Naim sepatutnya difailkan hari ini, tetapi ditangguhkan kerana beberapa dokumen belum lengkap, kata peguamnya.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim menangguhkan hasrat memfailkan afidavit mencabar keputusan Speaker DUN Kelantan mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri yang disandangnya.

Peguamnya, R Aswath, memaklumkan afidavit itu dijadual difailkan hari ini, tetapi ditangguhkan kerana beberapa dokumen belum lengkap.

Afidavit tersebut mungkin difailkan esok atau lusa secara dalam talian, katanya.

Sementara itu, Mohd Azizi berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk memfailkan injunksi mahkamah di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dengan menamakan tiga defendan.

“Menurut peguam, kita ada tiga defendan, iaitu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin dan Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah.

“Kita fail untuk mohon injuksi mahkamah supaya tangguh dulu keputusan mengadakan PRK dalam masa terdekat,” katanya, lapor Berita Harian.

Pada 19 Jun, Mohd Amar mengumumkan kekosongan luar jangka kerusi Nenggiri selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan pada 13 Jun.

Notis tersebut dikemukakan oleh seorang Adun Kelantan dan Bersatu mengenai keahlian Mohd Azizi yang ditamatkan daripada parti.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas PRK DUN Nenggiri pada Jumaat ini untuk membincangkan pelaksanaan pilihan raya bagi kerusi itu.


Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo