NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Annuar Musa boleh berhenti berangan melihat penyatuan PAS, UMNO dan Bersatu

Nur Jazlan Mohamed dan Puad Zarkashi menggesa Annuar Musa tidak lagi mengulangi gesaan penyatuan Umno, PAS dan Bersatu.



PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno membidas Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Annuar Musa dengan memintanya tidak lagi mengulangi gesaan supaya parti itu, Bersatu dan PAS kembali bertaut bawah penyatuan ummah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Nur Jazlan Mohamed, berkata Annuar yang juga timbalan pengarah pilihan raya PAS mungkin ketandusan idea untuk menarik sokongan orang Melayu terutama ahli Umno pada PRK Sungai Bakap, 6 Julai ini.

“Mungkin dia cakap macam tu (sebab) dia dah bertemu jalan buntu di luar Umno, cukup-cukuplah itu,” katanya kepada FMT sambil meminta Annuar bermuhasabah.

Seorang lagi Ahli MKT Umno, Puad Zarkashi, berkata Annuar tidak perlu membuang masa kerana mustahil penyatuan ummah melalui parti politik direalisasikan.

“Annuar tidak perlu buang masa, apatah lagi ada orang politik macam beliau yang sanggup tikam partinya sendiri demi survival politik peribadi.

“Ternyata ‘perpaduan Melayu’ melalui parti politik tidak realistik kerana semuanya mengejar kuasa, PAS terus politikkan agama manakala Bersatu pula mempunyai niat tersembunyi menggantikan Umno,” katanya.

Nur Jazlan dan Puad mengulas kenyataan Annuar semalam bahawa perpaduan sebenar hanya wujud apabila PAS, Bersatu dan Umno bertaut kembali dengan mengutamakan nasib bangsa, agama serta negara bukannya individu.

Annuar yang dipecat Umno pada Disember 2022 sebelum menyertai PAS berkata, beliau tidak pernah kecewa atau berputus asa dalam memperkukuhkan perpaduan politik Melayu dan menghidupkan konsep MN.

Umno dan PAS pernah bekerjasama bawah MN selepas PRU14 sebelum hubungan kedua-duanya tegang pada 2020.

Perkembangan itu apabila PAS menyertai Perikatan Nasional yang diterajui Bersatu, sekali gus mahu parti serpihan Umno itu turut menyertai MN.

Umno membantah keras tindakan PAS itu kerana menganggap Bersatu pengkhianat yang berusaha ‘membunuhnya’.

Ketika ini, Umno menjadi sebahagian komponen kerajaan perpaduan diterajui Anwar Ibrahim selain Pakatan Harapan (PH), manakala PAS kekal di blok pembangkang bawah PN.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo