NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen DAP pengerusi baharu lembaga pengarah TalentCorp



PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP Wong Shu Qi dilantik sebagai pengerusi baharu lembaga pengarah Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), berkuat kuasa hari ini.

Wong, yang telah menjadi Ahli Parlimen Kluang selama dua penggal, juga merupakan timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen dan menganggotai lembaga badan pemikir Research for Social Advancement (Refsa).

Dalam kenyataan, TalentCorp turut mengumumkan Khuzzan Abu Bakar, yang pernah menjadi exco Johor dan Adun Semerah, sebagai timbalan Wong.

Ahli lembaga pengarah baharu TalentCorp termasuk bekas Ahli Parlimen Ketereh Alwi Che Ahmad daripada Umno, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Khairul Dzaimee Daud dan bekas presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Joha.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata, beliau yakin pelantikan baharu ini akan dapat membawa idea segar dan inovatif untuk membangunkan ekosistem bakat negara ini.

“Pelantikan ini mencerminkan kepentingan berterusan TalentCorp sebagai badan pemikir strategik Kementerian Sumber Manusia, yang berdedikasi menarik, memupuk dan mengekalkan modal insan yang diperlukan Malaysia untuk berkembang maju dalam landskap pesat yang dibentuk oleh peningkatan globalisasi dan kehendak masa depan pekerjaan,” kata Sim.



Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo