NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen Bukit Gantang perlu kosongkan kerusi - Wan Ahmad Fayhsal



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal digesa supaya menerima hakikat keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah terhenti dan beliau perlu mengosongkan kerusi tersebut.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Syed Abu Hussin juga diminta merujuk pihak lebih arif jika masih keliru mengenai pindaan perlembagaan larangan bertukar parti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

"Saya begitu kagum dengan usaha Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin menumpukan masa dan tenaga untuk menyiapkan kenyataan akhbar 14 perenggan menjustifikasikan status kedudukan keahlian parti dan Parlimen beliau.

"Tapi, usaha ini sia-sia kerana semuanya boleh disanggah dengan satu infografik yang telah disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) seperti yang tertera dalam laman webnya.

"Cadangan saya, Ahli Parlimen Bukit Gantang boleh rujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) atau mungkin Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mendapat pandangan yang lebih arif," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Syed Abu Hussin pada Khamis menegaskan beliau kekal sebagai ahli Parlimen walaupun diberi notis terhenti keahlian dalam Bersatu.

Menurutnya, notis pemberitahuan daripada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang memaklumkan namanya telah dikeluarkan daripada sistem keahlian parti juga telah diterima.

Menurutnya, merujuk kepada perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa kerusi seseorang ahli Parlimen kosong jika setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik, mereka melepaskan keanggotaan parti.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang menerusi kenyataan sama secara sinis turut mencadangkan Syed Abu Hussin supaya menumpukan kerjanya sebagai peniaga ikan dan beras.

"Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang. Mungkin kerjaya perniagaan ikan dan beras lebih sesuai untuk beliau. Boleh bantu lebih ramai rakyat," katanya.



Sumber | Sinar Harian











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo