NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adakah Anwar bincang isu jual saham MAHB dalam Kabinet, soal PAS



PAS mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pernah membincangkan isu jualan saham Malaysia Airports Holdings (MAHB) dalam mesyuarat jemaah menteri.

Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor, Nushi Mahfodz merujuk kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mendakwa tidak terlibat dalam keputusan membawa masuk sebuah syarikat milik BlackRock ke dalam konsortium menguruskan lapangan terbang tempatan.

"Adakah jemaah menteri keseluruhannya tidak dilibatkan dalam keputusan besar dan penting ini? Siapa yang besar kepala dalam keputusan ini?" soal Nushi.

"Rakyat sudah penat berbaik sangka dan tidak boleh percaya lagi kepada kredibiliti kerajaan hari ini menjaga negara.

"Mereka tidak peduli rakyat dan gagal mengurus negara. Tindakan mereka hari demi hari semakin membimbangkan dan membebankan rakyat."

Di bawah rancangan diumumkan bulan lalu, Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock akan membeli 30% kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.

Ia dipercayai kali pertama GIP terlibat dalam pengurusan aset lapangan terbang di Asia.

Keputusan itu bagaimanapun mencetuskan bantahan di sebalik sentimen memboikot Israel.

Ini kerana BlackRock terlibat dalam memperkasakan jentera perang Israel, dan ibu pejabatnya di New York menjadi sasaran penunjuk perasaan pro-Palestin yang menuduh syarikat itu mengaut keuntungan daripada pembunuhan beramai-ramai.

Semalam, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau yakin Anwar tidak membincangkan isu penjualan saham MAHB itu dalam Kabinet.

"Biasanya tiada keperluan untuk isu Khazanah dibawa ke Jemaah Menteri. Ia hanya diputuskan oleh Lembaga dan dimaklumkan kepada pengurusan Khazanah.

"Saya yakin jika benda ini dibawa ke Jemaah Menteri, menteri-menteri Umno takkan setuju. Mungkin terpaksa setuju sekarang kerana tren sudah berlepas," katanya selepas menghadiri forum "Tolak BlackRock" di Kuala Lumpur yang menyaksikan pelbagai aktivis, ahli politik dan pertubuhan sivil menyuarakan bantahan terhadap rancangan itu.

Anwar hari ini menolak bantahan tersebut, sebaliknya berkata kerajaan "tidak ada upaya" untuk membatalkan perjanjian dengan GIP "kerana akan menjejaskan ekonomi negara".

Beliau turut menyifatkan dirinya tegas mengetengahkan isu Palestin, sambil menyebut nama beberapa pemimpin dunia.

"Dua hari lalu saya bercakap dengan Presiden (Turki, Recep Tayyip) Erdogan soal Gaza. Sebelum itu PM Pakistan soal Gaza. Dengan premier China semalam, saya masih tekankan soal Gaza," katanya kepada wartawan di Petaling Jaya.

Sementara itu, Nushi berkata langkah kerajaan itu "membuka pintu seluas-luasnya" kepada syarikat penyokong kuat Zionis untuk mengambil alih aset strategik negara. 

"Inilah penyerahan nyawa terbesar dalam bentuk ekonomi yang bakal diberikan kerjaan kepada entiti luar.

"Kerajaan gagal merancang dasar pelaburan yang lebih menguntungkan negara dari segenap aspek. Keselamatan negara akan terdedah kepada syarikat ini. Sebarang penentangan pada masa hadapan bakal mengundang padah kepada negara.

"Inilah kerajaan yang tidak konsisten dalam perjuangan bersama rakyat Palestin. Mereka hanya berwayang dengan mafla di badan tetapi sedang memperjudikan nasib negara," tambahnya.



Sumber | MalaysiaNow 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Anonymous said...
    Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
    Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
    Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
    Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

    Kami Yang Benar,
    RAKYAT GOMBAK
    **************************************************
    Tuan Yip, kamu tidak menyentuh agamaku (Islam) kerana kamu menghantar mesej tentang Islamku dengan teruk dan menghina NABI MUHAMMAD S.A.W. di internet, jika anda berbuat demikian sekali lagi, saya serius akan melakukan sesuatu kepada anda
    oleh Zulkifli Mohamad
    shared by Tony Lau, Jalan 5 Taman Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo