NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Stesen minyak di Tambun disyaki subahat seleweng diesel

KPDN Perak berkata stesen minyak itu dipercayai sekongkol dengan sindiket selepas membenarkan pemandu lori isi 3,000 liter diesel menerusi 13 transaksi, dalam tempoh sejam. (Gambar KPDN Perak)


PETALING JAYA: Sebuah stesen minyak di Tambun disyaki terlibat sindiket penyelewengan diesel bersubsidi yang mana bahan bakar itu dijual di pasaran gelap pada harga RM3 hingga RM4 seliter.

Stesen minyak itu juga disyor dibatalkan Lesen CSA Runcit barang kawalan minyak diesel apabila membenarkan seorang pemandu lori mengisi 3,000 liter bahan bakar itu, dalam sejam melalui 13 transaksi pembelian di stesen berkenaan, semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Kamalludin Ismail, berkata tindakan itu dikesan susulan rampasan 7,000 liter diesel menerusi Op Tiris 3.0 di sebuah stor di Gopeng dekat Ipoh.

Menurutnya, dalam operasi bermula 9 pagi itu, didapati pemilik stesen minyak berkenaan mengaku membuat 13 transaksi pembelian diesel kepada seorang pemandu lori yang ditahan.

“Pemilik stesen boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana bersubahat menjual secara berulang yang mana melanggar arahan ditetapkan.

“Tindakan syor pembatalan Lesen CSA Runcit barang kawalan minyak diesel juga boleh dikenakan jika didapati bersalah,” katanya menurut Bernama.

Katanya melalui risikan dan pemantauan mendapati penyelewengan dikesan dilakukan dengan modus operandi menggunakan sebuah lori bertutup kanvas yang telah diubah suai tangki asal dan membuat pembelian secara berulang di stesen minyak sekitar Ipoh.

“Siasatan awal juga mendapati, sindiket ini kemudiannya akan menjual minyak diesel ini kepada pasaran gelap yang disyaki melibatkan beberapa syarikat di sekitar Ipoh pada harga yang lebih tinggi,” katanya.

Katanya pihaknya menahan pemandu lori lelaki warga tempatan dan pemilik stor serta merampas diesel, lori, beberapa peralatan seperti tangki Kontena Pukal Pertengahan (IBC), mesin pam, wayar hos dengan nilai sitaan RM78,933.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo