NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sabah tolak cadangan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani, kata Jeffrey

Jeffrey Kitingan berkata, sebagai ahli jawatankuasa teknikal MA63, beliau secara peribadi meminta inisiatif itu tidak dilaksanakan di Sabah memandangkan ia tidak dilaksanakan di Sarawak.


PETALING JAYA: Sabah tidak akan melaksanakan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM), inisiatif Putrajaya bagi membasmi kemiskinan luar bandar di negeri itu, kata Timbalan Ketua Menterinya, Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah mempunyai inisiatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, justeru ia tidak mahu satu lagi inisiatif yang akan mengelirukan serta memecahbelahkan rakyat.


“Kami menolaknya. Dan kami akan menolaknya secara rasmi. Kami juga akan menyampaikan pendirian kerajaan negeri kepada perdana menteri (Anwar Ibrahim) pada 31 (Mei),” katanya menurut The Borneo Post.

Kitingan berkata, sebagai ahli jawatankuasa teknikal MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), beliau secara peribadi meminta inisiatif itu tidak dilaksanakan memandangkan ia tidak dijalankan di Sarawak.


“Biarlah ia dilaksanakan di Semenanjung (Malaysia) saja.”

Beliau turut mendedahkan kerajaan negeri hanya membincangkan inisiatif JKDM “secara tidak rasmi” dan perbincangan rasmi belum diadakan.

Tiga hari lalu, pemimpin Sabah mempersoalkan langkah Putrajaya menubuhkan JKDM walaupun badan serupa sudah wujud.

Presiden Upko, Ewon Benedick dilaporkan berkata, Sabah meminda Ordinan Pentadbiran Luar Bandar untuk pentadbiran kampung bagi memastikan negeri itu hanya mempunyai sebuah badan pengurusan kampung.


“Sekiranya penubuhan JKDM merupakan dasar negara, maka ia harus dilaksanakan di seluruh negara, tetapi di Sarawak dan beberapa negeri lain di Semenanjung ia tidak dilaksanakan.”

Tetapi, pemimpin Umno Sabah mempertahankan inisiatif itu, yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah diketuai Zahid Hamidi merangkap presiden Umno.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo