NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah



Datin Seri Rosmah Mansor berdepan tindakan undang-undang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat termasuk anak syarikatnya yang menyamannya sebanyak AS$346.

Isteri Datuk Seri Najib Razak itu berdepan tindakan terbaharu daripada syarikat pelaburan tersebut yang juga menuntutnya mengembalikan barangan mewah berjumlah AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi.

Kesemua plaintif ialah 1MDB Energy Holdings Limited; 1MDB Energy Limited; 1MDB Energy (Langat) Limited; Global Diversified Investment Company Limited; SRC International Sdn Bhd; Affinity Equity International Partners Limited; Alsen Chance Holdings Limited; Blackrock Commodities (Global) Limited; Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited

Plaintif mendakwa bahawa barangan mewah berkenaan, iaitu antara lain ribuan item jenama barang kemas, jam tangan dan beg tangan berjumlah kira-kira AS$346 juta, telah dibeli oleh atau untuk Rosmah, bukan dengan wang sendiri tetapi dengan dana yang diselewengkan daripada anak syarikat 1MDB.

Plaintif mendakwa premis tuntutan mereka adalah “tuntutan proprietari berekuiti dan/atau penerimaan harta amanah atau hasilnya yang dapat dikesan yang tidak berpatutan atau diketahui (“penerimaan yang diketahui”) dan/atau bantuan tidak jujur dalam pecah amanah atau pelanggaran kewajipan fidusiari (“bantuan tidak jujur”) dan/atau pengayaan tak patut”.

Mereka mendakwa wang dipindahkan menggunakan pelbagai entiti luar pesisir, termasuk lima plaintif yang terlibat, sebelum diberikan kepada 48 vendor yang berpangkalan di tidak kurang daripada 14 bidang kuasa untuk pembelian barangan mewah.

“Sebanyak 320 bayaran sedemikian berjumlah AS$346,010,489 telah dibuat,” dakwa mereka.

Selain menuntut arahan agar Rosmah membayar lebih AS$346 juta kepada mereka, plaintif turut memohon mahkamah antaranya agar mengarahkan defendan untuk membayar ganti rugi atau pampasan berekuiti yang ditetapkan mahkamah, ganti rugi keterlaluan dan/atau ganti rugi teladan serta relif lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.

Untuk rekod, Najib sudah disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang tetapi masih berdepan perbicaraan dalam beberapa kes lain yang berkaitan dengan 1MDB.

Rosmah juga didapati bersalah meminta dan menerima rasuah RM194 juta berkaitan kontrak kerajaan RM1.25 bilion untuk membekalkan tenaga solar kepada sekolah luar bandar di Sarawak pada 1 September lalu.

Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta tetapi membuat rayuan.



Sumber | Agenda Daily






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo