Puluhan kitab suci al Quran rosak dan musnah di bawah tembok dan bangunan surau yang ranap di Kampung Sri Makmur di Gombak. |
KUALA LUMPUR – Puluhan kitab suci al Quran rosak dan musnah di bawah tembok dan bangunan surau yang ranap di Kampung Sri Makmur di Gombak.
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menganggap perobohan kampung berkenaan satu tindakan zalim daripada pihak kerajaan.
“Kerajaan lebih menjaga kepentingan golongan maha kaya dan tidak peduli keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan orang Melayu,” katanya dalam hantaran media sosialnya hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin memuji Tindakan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham dan pasukannya yang membantu penduduk di kampung berkenaan termasuk Unit Amal dari Pas.
“Terima kasih kepada Unit Amal yang turut membantu kerja-kerja pembersihan dan menyelamatkan harta benda penduduk yang kehilangan tempat tinggal,” katanya.
Pengusiran lebih 20 keluarga di tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium.
Sebelum ini, penduduk yang terlibat dikatakan telah menerima notis untuk mengosongkan rumah selewat-lewatnya pada 21 Februari lalu namun telah ditangguhkan sehingga 26 Mei.
Pada 4 Mei lalu, penduduk turut menghantar memorandum bagi menagih janji kerajaan negeri yang mendakwa akan memberi pampasan perpindahan sebelum rumah mereka dirobohkan.
Namun mereka mendakwa dalam satu surat bertarikh 24 April bahawa permohonan 10 daripada 24 keluarga ditolak kerana tiada bukti mereka menetap di Kampung Sri Makmur sejak 2006. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment