NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK KKB: Trend pengundi muda kekal sama – Adam Adli



KUALA LUMPUR – Trend pengundi muda kekal sama pada Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) semalam dibandingkan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Adam Adli Abd Halim berkata, ramalan pembangkang bahawa akan berlaku peralihan undi juga meleset apabila terdapat sedikit peningkatan undi yang agak baik dari segi majoriti kepada Kerajaan Perpaduan.

Jelas beliau, apa yang penting, usaha perlu diteruskan dengan lebih baik untuk menyakinkan golongan muda bahawa mengundi kerajaan adalah pilihan terbaik buat mereka.

“Trend pengundi muda stagnant, masih sama dan ada berlaku sedikit perubahan. Itu pun kita perlu rujuk balik banyak data. Yang boleh kita nampak keyakinan terutama pembangkang berlaku peralihan undi dan itu tidak berlaku.

“Sebaliknya ada peningkatan undi yang agak baik dari segi majoriti terutamanya meningkat kalau kita banding pilih raya yang lepas.

“Dari sudut anak muda maksudnya yang usia bawah 40 tahun, dia stagnant tiada perubahan yang ketara cuma kita akui kita perlu berusaha lebih baik dan yakinkan memilih kerajaan itu adalah satu pilihan yang baik terutamanya buat pengundi muda,” katanya yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kemenangan Pang Sock Tao yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan mewakili Kerajaan Perpaduan menang dengan majoriti 3,869 dalam PRN yang berlangsung semalam.

Mengulas lanjut, Adam Adli mengakui pihaknya memahami terdapat pengundi muda yang memiliki trend kurang keyakinan kepada kerajaan walaupun mereka  bukan penyokong mana-mana parti.

Ini kerana kerajaan sedar golongan itu berdepan cabaran ekonomi yang jauh lebih besar dirasai berbanding golongan umur 40 tahun yang sudah memiliki pendapatan yang stabil.

“Sebab itu mereka terjemahkan kepada sistem dan kerajaan. Jadi kitaa di pihak kerajaan kena perbaiki kos sara hidup dan keyakinan orang muda bahawa kita di landasan betul.

“Dalam mana-mana libat urus dengan golongan muda, kita sentiasa maklumkan bahawa kita, sedang bawa masuk pengembangan ekonomi baharu yang lebih mesra dengan golongan muda dan buka peluang pekerjaan yang lebih baik dan peningkatan gaji yang ketara,” katanya.

Adam Adli juga memberitahu, isu yang memecah-belah maasyarakat juga tidak lagi mendapat tempat di hati pengundi pada PRK KKB. – MalaysiaGazet








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo