NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis kesan iklan produk kesihatan palsu guna imej individu terkenal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata iklan seperti itu adalah tidak bertanggungjawab dan salah di sisi undang-undang. (Gambar Bernama)


KUALA LUMPUR: Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi Internet, susulan terdapat trend pengiklanan produk kesihatan palsu dengan menggunakan imej individu terkenal dalam media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata trend pengiklanan menggunakan kaedah itu bertujuan mengelirukan pembeli dan memberi gambaran seolah-olah produk berkenaan dihasilkan oleh individu terbabit.

Beliau berkata pihaknya ada menerima laporan daripada seorang pakar kesihatan yang juga selebriti media sosial mendakwa gambar dan nama syarikatnya digunakan tanpa kebenaran untuk mempromosikan satu produk kesihatan yang dipercayai boleh memudaratkan pengguna.

“Paparan iklan produk kesihatan yang bertujuan mengelirukan dan memperdayakan pembeli ialah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan salah di sisi undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Ramli berkata orang ramai boleh mendapatkan nasihat dan panduan daripada pihak Kementerian Kesihatan sebelum membuat keputusan membeli produk kesihatan daripada Internet atau media sosial.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo