NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengundi muda ‘tak teruja’ punca undi merosot, kata badan pemikir


PRK Kuala Kubu Baharu, Sabtu lalu merekodkan 61.5% pengundi, lebih rendah berbanding pada PRN Ogos lalu dengan 69.2%.


PETALING JAYA: Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati pengundi anak muda berumur 30 tahun ke bawah paling rendah keluar mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu dengan hanya 53%.

Sementara pengundi berusia 31 hingga 40 tahun hanya sekitar 57%.

Ia berbeza dengan dengan pemilih berusia 41 tahun dan ke atas apabila kategori 41 hingga 50 (62%), 51 hingga 60 (71%), dan 61 ke atas (64%).

Keadaan itu memberi kesan kepada keseluruhan jumlah undi pada pilihan raya berlangsung Sabtu lalu iaitu hanya 61.5% berbanding 69.2% pada PRN Ogos, merosot 7.7%.

“Seramai 38.5% atau 15,480 pengundi memilih untuk tidak turun mengundi.

“Sentimen selain PRU menyebabkan pengundi muda dan pengundi yang tiada lagi orang tua di Kuala Kubu Baharu, majoritinya tidak teruja untuk mengundi,” menurut laporan IDE.

Sementara itu, peratusan keluar mengundi mengikut kaum pula menyaksikan Melayu dan Cina masing-masing merekodkan 63%, sementara India (57%).

PRK Kuala Kubu Baharu dimenangi calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao dengan majoriti 3,869 undi, selepas menewaskan calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut yang meraih 10,131 undi, calon bebas, Nyau Ke Xin (188 undi) dan Hafizah Zainuddin dari Parti Rakyat Malaysia (152 undi).


Sumber | FMT MALAYSIA 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo