NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Naik kerusi roda mahu jadi pengundi pertama



BATANG KALI – Seorang warga emas bersemangat untuk menjadi pengundi pertama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang bermula pagi ini. 

Rosli Sarif, 75, yang keluar seawal jam 7.30 pagi menaiki kerusi roda automatik tiba di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Batang Kali. 

Katanya, beliau tidak mahu melepaskan peluang keadaan tenang pada awal pagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi. 

“Pakcik naik kerusi roda automatik dari rumah lebih kurang 500 meter. 

“Pilih awal pagi sebab senang nak masuk dan keadaan tenang sedikit waktu pagi, malah senang nak jadi pengundi pertama,” kata pesara swasta itu.

Rosli yang mengalami sakit buah pinggang sejak enam tahun lalu berkata, walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan beliau berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Itu sokongan kita kepada negara, satu kepentingan kepada negara,” katanya lagi.

Rosli merupakan salah seorang pengundi daripada 3,183 di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali. 

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan seramai 39,362 pengundi akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu. 

Kesemua 18 pusat mengundi yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran, akan dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 orang pengundi, ditutup 2 petang.

Proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo