NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mufti selar acara, aksi lucah ‘drag queen’ di rumah terbuka Syawal



  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata  tindakan mencemarkan kehidupan sosial dan keagamaan masyarakat Islam di Malaysia dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
  • Katanya, situasi itu memperlihatkan adanya kewajaran pandangan yang mengandaikan wujud semacam satu konspirasi untuk menormalisasikan maksiat di dalam masyarakat.
  • “Perlu sentiasa diingatkan bahawa hari raya di dalam Islam adalah terikat dengan ibadat. Raya Aidilfitri ada kaitan dengan ibadat puasa Ramadan, manakala raya Aidiladha pula ada kaitannya dengan fardhu haji.
  • “Justeru, tidaklah wajar suasana ibadat ini dicemari dengan perbuatan tidak senonoh seperti yang dilakukan di majlis berkenaan.
  • “Perlu ditekankan bahawa di dalam kehidupan ini tiada apa yang dinamakan “kebebasan mutlak” seperti yang ingin dipromosikan oleh golongan tertentu. Itu kebebasan haiwan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas video kontroversi yang tular berkenaan majlis rumah terbuka Aidilfitri dicemari aksi lucah ratu pondan yang dimuat naik di Facebook Sweetdara_kak Km K.L pada Sabtu lalu, dipercayai milik usahawan kontroversi, Liana Rosli atau Kak KM.

KUALA LUMPUR — Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyelar aksi lucah ‘drag queen’ atau ratu pondan yang dipercayai berlaku di sebuah majlis rumah terbuka Aidilfitri, baru-baru ini.

Wan Salim berkata tindakan mencemarkan kehidupan sosial dan keagamaan masyarakat Islam di Malaysia dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Katanya, situasi itu memperlihatkan adanya kewajaran pandangan yang mengandaikan wujud semacam satu konspirasi untuk menormalisasikan maksiat di dalam masyarakat.

“Perlu sentiasa diingatkan bahawa hari raya di dalam Islam adalah terikat dengan ibadat. 

“Raya Aidilfitri ada kaitan dengan ibadat puasa Ramadan, manakala raya Aidiladha pula ada kaitannya dengan fardhu haji.

“Justeru, tidaklah wajar suasana ibadat ini dicemari dengan perbuatan tidak senonoh seperti yang dilakukan di majlis berkenaan.

“Perlu ditekankan bahawa di dalam kehidupan ini tiada apa yang dinamakan “kebebasan mutlak” seperti yang ingin dipromosikan oleh golongan tertentu. Itu kebebasan haiwan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas video kontroversi yang tular berkenaan majlis rumah terbuka Aidilfitri dicemari aksi lucah ratu pondan yang dimuat naik di Facebook Sweetdara_kak Km K.L pada Sabtu lalu, dipercayai milik usahawan kontroversi, Liana Rosli atau Kak KM.

Video itu memaparkan suami Kak KM sendiri dihimpit ratu pondan yang berpakaian seksi di meja makan sebelum dia ‘dipaksa’ untuk menyentuh ‘payudara’ individu dari kelompok LGBT berkenaan.

Rakaman video itu mengundang kritikan netizen Muslim yang menuntut majlis agama mengambil tindakan terhadap insiden mengaibkan tersebut, malah ada di antara mereka meminta perniagaan Kak KM tidak disokong oleh masyarakat. 

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata kebebasan manusia mesti diimbangi dengan tanggungjawab dan ia perlu terikat dengan hukum agama, undang-undang dan akhlak. 

Beliau mengingatkan sebagai umat Islam, kita perlu bersama-sama menjaga batas-batas kesusilaan di dalam pergaulan, termasuk ketika merayakan hari-hari kebesaran Islam.  — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo