NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih RM23,000 coklat berlabel ‘No Palm Oil’ disita di Labuan

Pasukan penguat kuasa KPDN Labuan merampas coklat tertera ‘No Palm Oil’ atau ‘Palm Oil Free’ di dua premis berasingan. (Gambar KPDN Labuan)


PETALING JAYA: Sebanyak 1,134 coklat tertera “No Palm Oil” atau “Palm Oil Free” dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan di dua premis berasingan.

KPDN Labuan berkata, sepasukan penguat kuasanya mengesan pasar raya itu menjual coklat tertera “No Palm Oil” atau “Palm Oil Free” dalam pemeriksaan pagi semalam.

“Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah RM23,704.90,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Kes disiasat di bawah Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan Atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit dan Barang-barang Minyak Sawit) 2022 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.

Minggu lalu, KPDN menyerbu sebuah kedai serbaneka di Presint 3, Putrajaya kerana disyaki menjual aiskrim berlabel “No Palm Oil” berjumlah RM897.60 pada plastik pembungkusannya.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo