NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa jual MAHB kepada syarikat pro-Israel?




BANGI
: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dituntut segera membuat penjelasan berhubung keputusan kerajaan mengizinkan syarikat aset strategik negara dibeli oleh syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari tidak menolak bahawa perkara tersebut terjadi berikutan negara ditadbir dengan dasar dan polisi yang pincang hingga terjadi perkara-perkara sangat gempar.

“Bagaimana syarikat MAHB-Malaysia Airport (Holdings Berhad) yang duk kawal airport kita, saham-sahamnya telahpun dimiliki oleh Global Infrastructure Partners-GIP yang merupakan anak syarikat kepada sebuah syarikat dari Amerika Syarikat iaitu BlackRock?

“Ini merupakan suatu perkara yang telah diumumkan secara terbuka. Syarikat yang saya sebutkan ini (BlackRock) merupakan pembekal senjata kepada rejim Zionis-Israel. Macam mana negara boleh benarkan?

“Syarikat MAHB ni sebuah aset strategik milik negara. Tiba-tiba dibeli sahamnya dikuasai oleh GIP yang merupakan anak syarikat (kepada) syarikat di Amerika yang membekalkan senjata kepada Israel,” ujar beliau.

Sedangkan katanya, keterlibatan Amerika mendanai Israel untuk ketenteraan rejim itu yang sedang membunuh rakyat Palestin khususnya di Gaza ditentang hebat rakyat negara polis dunia itu sendiri.

Beliau merujuk fenomena demonstrasi jalanan oleh mahasiswa universiti-universiti terkemuka Amerika termasuk kempen boikot terhadap syarikat yang berurusniaga dengan Israel serta terkini kempen ‘Blockout’ terhadap artis dan pempengaruh.

Jelasnya, perkara tersebut menunjukkan kesedaran betapa zalim dan ganasnya rejim Zionis-Israel hinggakan dukungan kepada Palestin itu hebat digerakkan oleh kalangan bukan-Muslim di seluruh dunia antarabangsa.

“Tiba-tiba kita di Malaysia pada hari ini dalam keadaan kitalah kononnya terpaling Palestin, kitalah kononnya hebat untuk nak membawa (perjuangan) Palestin, macam mana negara boleh luluskan pembelian (MAHB oleh GIP) ini?” pertikainya.

Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut sehubungan itu mendesak Perdana Menteri segera membuat penjelasan dan ketika sama menempelak Anwar yang kerap memutar-belit jawapan apabila disoal tanya mengenai isu-isu berbangkit.

Ahmad Fadhli memberi contoh laporan Bloombergmengenai kasino di Forest City yang apabila ditanya isu itu semasa Forum Ekonomi Qatar tetapi dijawab secara putar belit dan hingga akhir tiada penegasan untuk tindakan saman.

Bidasnya, seringkali perkara dibentangkan Perdana Menteri berlawanan dengan fakta sedia ada dan bertentangan daripada penjelasan antara satu sama dengan yang diberikan oleh Menteri atau agensi kerajaan.

Maklum beliau, berkenaan isu saham MAHB oleh GIP itu pernah dijawab Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Parlimen pada Mac lalu bahawa tiada pembelian sepertimana dikatakan tersebut.

Sehubungan itu katanya, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal akan membawa satu usul bagi merujuk Anthony ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada sidang akan datang. – HARAKAHDAILY 18/5/2024







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo