NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jelas kenapa keahlian Adun Selat Klang terhenti, tegas Muhyiddin

Muhyiddin Yassin menepis komen Abdul Rashid Asari yang bertegas beliau masih ahli Bersatu selepas dikatakan menyertai kempen parti lawan.



HULU SELANGOR: Berada di atas pentas pihak lawan dengan ucapan yang menentang parti sudah memadai untuk menghentikan keahlian Bersatu, tegas Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu itu menepis komen Abdul Rashid Asari yang bertegas beliau masih ahli Bersatu selepas dikatakan menyertai kempen parti lawan.

“Nyata perbuatannya duduk sepentas, berucap untuk menentang kita. Sokong kita lagi? Fikir logik tak?.. Bila masa dia buat begitu kalau ikut perlembagaan terhenti serta-merta keahlian,” katanya kepada pemberita di acara bersama masyarakat India di Bandar Baru Batang Kali.

Muhyiddin mengingatkan bahawa semua ahli harus mematuhi peraturan dan perlu menjaga kepentingan parti.

“Kita sudah nampak. Takkan kalau anda jadi ketua parti, nak cakap ‘tak apa dia OK’. Tak boleh. Kita ada peraturan,” katanya.

Terdahulu, Rashid menolak kenyataan Setiausaha Agung Hamzah Zainudin bahawa keahliannya terhenti secara automatik selepas dikatakan menyertai kempen Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Rashid mendakwa perlembagaan Bersatu tidak menyebut keahlian tergugur automatik jika menyertai kempen PH.

“Itu dia kata, dia boleh kata apa. Kita ada pakar dan perlembagaan Bersatu,” kata Muhyiddin.

Sementara itu, beberapa poster digital menguar-uarkan ceramah parti lawan turut memaparkan wajah Rashid sebaris pemimpin kerajaan perpaduan, termasuk pada grand finale malam ini.

Pada 6 Mac lalu, Rashid yang juga bekas ketua Bersatu Selangor menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Tindakan Rashid itu dibuat selepas Bersatu meminda perlembagaannya pada 2 Mac lalu, menyatakan wakil rakyat menyokong pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti akan terlucut keahlian secara automatik.

Selain Rashid, keahlian Ahli Parlimen Tanjong Karang Dr Zulkafperi Hanapi turut dikatakan terhenti juga kerana menyertai kempen parti lawan.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo