NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu saham MAHB: KJ label Khazanah ‘tone deaf’ dalam nilai sentimen politik



  • Khazanah is pretty tone deaf when it comes to political sentiment. Got an EQ (Emotional Intelligence) problem at the top, too. (Khazanah pekak nada apabila bercakap tentang sentimen politik. Ada masalah EQ di bahagian pihak atasan juga),” kata Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menerusi ‘story’ di Instagram baru-baru ini ketika mengulas artikel bertajuk, ‘Groups urge govt to reconsider BlackRock’s involvement in MAHB’.
  • Pertubuhan masyarakat sivil menerusi artikel itu yang diterbitkan FMT pada Jumaat lalu,menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusannya membenarkan syarikat didakwa mempunyai kaitan dengan Israel memiliki saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
  • Dalam kenyataan bersama 21 organisasi berkata mereka menentang penyertaan syarikat BlackRock Amerika melalui anak syarikat milik penuh Global Infrastructure Partners (GIP), dalam konsortium dengan Khazanah dan KWSP yang akan memperoleh semua saham dalam MAHB.
  • Mereka berkata walaupun GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) akan memiliki hanya 30 peratus daripada konsortium itu, namun ia membenarkan BlackRock masuk ke dalam pengurusan dan pemilikan 39 lapangan terbang di Malaysia.
  • “Ini adalah aset strategik kepada negara. Tiada pemilikan harus diserahkan kepada entiti asing, lebih-lebih lagi entiti yang mempunyai reputasi berdarah seperti BlackRock,” kata kumpulan itu.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Khazanah Nasional Bhd sebagai ‘tone deaf’ (tidak dapat memahami sesuatu perkara dengan betul) apabila melibatkan sentimen politik ketika mengulas artikel bertajuk, ‘Groups urge govt to reconsider BlackRock’s involvement in MAHB’.

Khazanah is pretty tone deaf when it comes to political sentiment. Got an EQ (Emotional Intelligence) problem at the top, too. (Khazanah pekak nada apabila bercakap tentang sentimen politik. Ada masalah EQ di bahagian pihak atasan juga),” kata Khairy Jamaluddin menerusi ‘story’ di Instagram baru-baru ini.

Pertubuhan masyarakat sivil menerusi artikel ‘Groups urge govt to reconsider BlackRock’s involvement in MAHB’ yang diterbitkan FMT pada Jumaat lalu,menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusannya membenarkan syarikat didakwa mempunyai kaitan dengan Israel memiliki saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Dalam kenyataan bersama 21 organisasi berkata mereka menentang penyertaan syarikat BlackRock Amerika, melalui anak syarikat milik penuh Global Infrastructure Partners (GIP), dalam konsortium dengan Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan memperoleh semua saham dalam MAHB.

Mereka berkata walaupun GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) akan memiliki hanya 30 peratus daripada konsortium itu, namun ia membenarkan BlackRock masuk ke dalam pengurusan dan pemilikan 39 lapangan terbang di Malaysia.

“Ini adalah aset strategik kepada negara. Tiada pemilikan harus diserahkan kepada entiti asing, lebih-lebih lagi entiti yang mempunyai reputasi berdarah seperti BlackRock,” kata kumpulan itu.

Antara kumpulan menandatangani kenyataan itu ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), BDS Malaysia dan Viva Palestina Malaysia. 

Gateway Development Alliance (GDA) dan pemegang sahamnya (Konsortium) pada 15 Mei lalu, mengumumkan tawaran sukarela prasyarat untuk mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki Konsortium berkenaan, pada harga tawaran RM11.00 bagi setiap saham yang bersamaan dengan RM18.4 billion.

Konsortium itu diterajui dua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan Malaysia – Khazanah menerusi anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Berhad (UEMG), KWSP, anak syarikat milik penuh ADIA dan dana diuruskan GIP, salah satu pelabur infrastruktur terkemuka dunia dengan pengalaman memiliki dan menguruskan lapangan terbang.

Apabila tawaran itu selesai sepenuhnya, Khazanah dilaporkan akan meningkatkan pemilikannya dalam MAHB daripada 33.2 peratus kepada 40 peratus, manakala KWSP daripada 7.9 peratus kepada 30 peratus.

Secara kolektif, pelabur Malaysia akan memiliki 70 peratus saham MAHB, manakala ADIA dan GIP akan memiliki baki 30 peratus. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu dilaporkan berkata laporan yang mengatakan 25 peratus baki saham MAHB akan dimiliki syarikat pro Zionis, adalah tidak berasas.

Beliau berkata dakwaan dibangkitkan pembangkang itu hanyalah semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan yang mengatakan Khazanah dan KWSP akan membeli saham MAHB sehingga 70 peratus, manakala lima peratus lagi akan dikuasai kerajaan Abu Dhabi. — The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo