NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Indeks Kebebasan Media jatuh, bukti sekatan semakin berkembang – NUJM



  • Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) bimbang dengan perkembangan terbaharu kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 susulan ia jatuh dari tangga ke-73 menjadi 107 dalam masa setahun.
  • Setiausaha Agungnya, Teh Athira Yusof berkata penurunan kedudukan tersebut jelas menunjukkan sekatan semakin berkembang terhadap kebebasan media.
  • Beliau berkata perkara itu berlaku terutama disebabkan langkah proaktif kerajaan untuk mengawal penyebaran maklumat tentang topik seperti bangsa, agama, dan keluarga diraja demi kesejahteraan masyarakat. 
  • “Namun kritikan terhadap kerajaan adalah part and parcel of the media as the fourth estate dan itu bukan alasan untuk mana-mana kerajaan menutup mana-mana syarikat atau portal media sewenangnya,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang menunjukkan Malaysia di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 berbanding tangga ke-73 tahun lalu.
  • Mengulas isu sama, Jurucakap Gerakan Media Merdeka (GERAMM), Radzi Razak berkata adalah mustahak semua pihak termasuk pengamal media dan kerajaan bekerjasama ke arah pengukuhan (prinsip) demokrasi susulan daripada kejatuhan indeks kebebasan media berkenaan.
  • “Selain itu, ranking bukan sahaja melihat sama ada kita menangkap atau memenjarakan atau membunuh mana-mana wartawan.
  • “Ia juga mengukur cara kita mengendalikan cara orang berkongsi maklumat di negara ini dan cara kita mengawal kebebasan bersuara di negara ini,” katanya.

KUALA LUMPUR — Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) bimbang dengan perkembangan terbaharu kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 susulan ia jatuh dari tangga ke-73 menjadi 107 dalam masa setahun.

Setiausaha Agungnya, Teh Athira Yusof berkata penurunan kedudukan tersebut jelas menunjukkan sekatan semakin berkembang terhadap kebebasan media.

Beliau berkata perkara itu berlaku disebabkan langkah proaktif kerajaan untuk mengawal penyebaran maklumat tentang topik seperti bangsa, agama, dan keluarga diraja demi kesejahteraan masyarakat. 

“Namun kritikan terhadap kerajaan adalah part and parcel of the media as the fourth estate dan itu bukan alasan untuk mana-mana kerajaan menutup mana-mana syarikat atau portal media sewenangnya. 

“Apa-apa tindakan untuk menutup portal atau news company amat membimbangkan kerana ia menyebabkan para wartawan kehilangan kerja

“NUJM menegaskan kerajaan untuk menubuhkan media council seperti dijanjikan dengan harapan peranan media sebagai the fourth estate akan dijalankan lebih baik lagi,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang menunjukkan Malaysia di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 berbanding tangga ke-73 tahun lalu.

Kedudukan Malaysia kini menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya iaitu 62.83 mata.

Susulan itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata kedudukan Malaysia jatuh dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 bukan disebabkan kementeriannya semata-mata.

Sebaliknya, akta lain di bawah kementerian berbeza dan pendirian Malaysia terhadap beberapa isu juga mempengaruhi laporan berkenaan.

“Apa-apa pun saya terima laporan itu dengan hati terbuka. Cuma ada individu menyatakan Malaysia lebih teruk daripada Israel dalam kebebasan media.

“Saya jelaskan dekat sini, kami tidak bunuh orang, kami tidak pernah menutup mana-mana media seperti yang berlaku di Gaza, Palestin. Itulah bezanya Malaysia dan Israel,” kata Fahmi.

Mengulas isu sama, Jurucakap Gerakan Media Merdeka (GERAMM), Radzi Razak berkata adalah mustahak semua pihak termasuk pengamal media dan kerajaan bekerjasama ke arah pengukuhan (prinsip) demokrasi susulan daripada kejatuhan indeks kebebasan media berkenaan.

Radzi berkata di era digital hari ini, terdapat banyak cara untuk pihak berkuasa dan penggubal dasar menangani perkara tersebut tanpa menggunakan undang-undang lapuk, yang sebelum ini diusulkan untuk dimansuhkan.

Beliau berkata pihaknya menyokong resolusi tersusun, bijaksana dan saksama yang memelihara kebebasan media dalam negara.

“Selain itu, ranking bukan sahaja melihat sama ada kita menangkap atau memenjarakan atau membunuh mana-mana wartawan.

“Ia juga mengukur cara kita mengendalikan cara orang berkongsi maklumat di negara ini dan cara kita mengawal kebebasan bersuara di negara ini,” katanya. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo