NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gaza: Tentera zionis Israel diserang tebuan, anjing dan parasit


Foto: Gambar sekadar hiasan

  • Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).
  • Tentera rejim berkata insiden itu berlaku pada Jumaat apabila sebuah kereta kebal secara tidak sengaja mengganggu sarang tebuan menyebabkan serangga itu bertindak balas, lapor The Times of Israel.
  • Disember lalu, akhbar Israel Maariv melaporkan penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) menyebabkan “sakit kulit berulser” kepada puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza.
  • Serangan parasit itu disusuli insiden Februari lalu apabila KAN News melaporkan IOF menjadi sasaran kumpulan anjing liar di wilayah Gaza.

Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).

Tentera rejim berkata insiden itu berlaku pada Jumaat apabila sebuah kereta kebal secara tidak sengaja mengganggu sarang tebuan menyebabkan serangga itu bertindak balas, lapor The Times of Israel.

Askar yang cedera diberikan rawatan di Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer, dengan seorang daripadanya memerlukan rawatan rapi, kata laporan itu.

Disember lalu, akhbar Israel Maariv melaporkan penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) menyebabkan “sakit kulit berulser” kepada puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza.

Serangan parasit itu disusuli insiden Februari lalu apabila KAN News melaporkan IOF menjadi sasaran kumpulan anjing liar di wilayah Gaza.

Walaupun tiada askar IOF cedera dilaporkan, mereka di lapangan mendakwa anjing-anjing tersebut terlalu agresif dan sentiasa merengus seolah-olah mahu merenggut tentera rejim. – The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo