NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam



Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh setahun berkuat kuasa Ahad ini.

Sebelum ini semasa berkempen dalam pilihan raya umum lalu, pemimpin Pakatan Harapan (PH) berjanji untuk menangkap dan mendakwa Azam sekiranya menang dan menjadi kerajaan pusat.

Malahan, pemimpin PH juga mengadakan demonstrasi #tangkapazambaki sebelum ini bagi mendesak siasatan dibuat berhubung isu pemilikan saham.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pelantikan itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menurut laporan Bernama.

“Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei 2024,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata pelantikan itu dibuat selaras subseksyen dengan 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694].

Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Beebi Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, tempoh perkhidmatan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilanjutkan selama setahun pada 2023 dan akan tamat pada 12 Mei depan.



Sumber | Agenda Daily 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo