NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang, kata menteri

Perolehan projek kecil konsesi jalan persekutuan secara undian bertujuan memberi pengalaman kepada kontraktor G1 hingga G4 sebelum layak bersaing untuk tender terbuka, kata Alexander Nanta Linggi. (Gambar Facebook)


LANGKAWI: Langkah memperkenalkan cabut undi dalam pemberian penawaran kerja kepada kontraktor G1 hingga G4 membuktikan keprihatinan dan komitmen kerajaan terhadap nasib dan masa depan kontraktor terbabit.

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata, wadah dan kaedah yang telus itu dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan berpeluang melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan persekutuan.

“Perolehan projek kecil secara undian dan terbuka oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang melalui konsesi Jalan Persekutuan ini bertujuan memberi pengalaman kepada kontraktor G1 hingga G4 sebelum layak mendapat projek secara tender terbuka.

“Syarat kepada kontraktor yang terlibat dalam cabutan ini adalah perlu berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) serta perlu mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK),” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Nanta menyaksikan proses cabutan undi bagi Tawaran Kerja Pelaksanaan dan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Seluruh Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Belanjawan 2024 Bagi Kontraktor Kecil Bumiputera G1 hingga G4.

Program cabutan undi itu bagi Kedah, Perlis dan Pulau Pinang membabitkan peruntukan sebanyak RM26.98 juta, melibatkan 45 kerja.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan bernilai RM300 juta dalam Belanjawan 2024 bagi Kerja-Kerja Penyenggaraan yang akan dikendalikan oleh kontraktor G1 hingga G4 di jalan persekutuan seluruh Malaysia.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM200 juta diperuntukkan bagi 336 kerja yang akan ditawarkan kepada kontraktor di Semenanjung, manakala selebihnya, iaitu RM100 juta, yang melibatkan 122 kerja, akan disalurkan kepada Sabah, Sarawak dan Labuan.

Nanta berkata, pelaksanaan melalui kerja-kerja cabutan undi itu sedikit sebanyak dapat memastikan syarikat kontraktor G1 hingga G4 mampu membekal bahan dan memberikan perkhidmatan yang lebih kompetitif.

“Selaras dengan itu, kerja-kerja yang ditawarkan nanti perlu disiapkan sepenuhnya pada tahun ini mengikut Jadual Perancangan yang telah ditetapkan,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo