NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anak MB Perlis, bekas setiausaha politik pemimpin pembangkang didakwa esok



KUALA LUMPUR – Anak kepada Menteri Besar Perlis dan bekas setiausaha politik pemimpin pembangkang akan didakwa di mahkamah esok.

Sumber berkata, pertuduhan ke atas anak Mohd Shukri Ramli itu akan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Media pada 24 April lalu, melaporkan anak kepada Mohd Shukri antara enam individu yang direman oleh SPRM bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Turut direman ialah pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis.

Suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Anak MB Perlis bersama empat lagi kemudian dilepaskan pada 26 April lalu dengan jaminan sebaik tempoh reman tamat.

Susulan siasatan yang dijalankan, SPRM pada 30 April lalu menahan ohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan isu salah guna kuasa.

Beliau ditahan kira-kira pukul 11 pagi semasa hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, sebelum dibebaskan dengan jaminan kira-kira pukul 7 malam.

Sementara itu, berdasarkan jemputan liputan media, SPRM memaklumkan mereka sudah mendapat izin mendakwa seorang pemilik syarikat dan seorang bekas setiausaha politik esok di dua mahkamah berbeza.

Pemilik syarikat itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis manakala bekas setiausaha politik akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. DATUK YIP KUM FOOK sangat bodoh dan berfikiran sempit kerana ilmu politik bermain di kuil Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, kini kuil Buddha diboikot olih penganut, dan orang mengadu di internet, memalukan penganut Buddha.

    Kami kenal dia sejak muda, dia berasal dari keluarga miskin, di Sentul, Kuala Lumpur, dan keluarganya berniaga di Pasar, Selayang, bapanya kawan baik saya tetapi dia mengeluarkan sami Buddha dari Kuil, sebab itu kami tidak tidak suka dia.

    Dia berpura-pura menjadi orang yang beragama tetapi fikirannya sangat kotor dan menipu, tidak lama lagi karmanya akan menjatuhkannya, dia menjadi musuh semua kawannya sekarang kerana fikirannya terlalu sempit.

    Dari Danny Chan, Taman Ehsan, kepong

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo