NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vape diharamkan di Singapura, boleh didenda hingga RM7,000



  • Vape diharamkan di Singapura dan menjadi satu kesalahan untuk memiliki, membeli atau menggunakan rokok elektronik dan komponen berkaitannya serta pesalah boleh didenda sehingga 2,000 dolar Singapura (RM7,000) bagi setiap kesalahan.
  • Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar mengingatkan rakyat Malaysia termasuk kelompok yang bekerja di negara berkenaan supaya cakna dengan perkembangan undang-undang negara tersebut.
  • Katanya, ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat pihak berkuasa di negara berkenaan.
  • “Saya harap semua sentiasa ‘update’ (cakna) tentang undang-undang Singapura. Baru-baru ini ramai yang kena tahan bawa vape (rokok elektronik) dan sebagainya.
  • “Apabila disiasat, pasport kena ambil dan tidak boleh balik ke Malaysia dan ini akan sebabkan banyak masalah dan kadang kala apabila majikan tahu, mereka akan terus diberhentikan,” katanya dipetik BERNAMA ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Vape diharamkan di Singapura dan menjadi satu kesalahan untuk memiliki, membeli atau menggunakan rokok elektronik dan komponen berkaitannya serta pesalah boleh didenda sehingga 2,000 dolar Singapura (RM7,000) bagi setiap kesalahan.

Ia juga menjadi satu kesalahan untuk menjual, memiliki untuk dijual, mengimport atau mengedar rokok elektronik dan komponen berkaitannya.

Pesalah boleh didenda sehingga 10,000 dolar Singapura, atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan didenda sehingga 20,000 dolar Singapura, atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan kedua atau seterusnya.

Susulan itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar mengingatkan rakyat Malaysia termasuk kelompok yang bekerja di negara berkenaan supaya cakna dengan perkembangan undang-undang negara tersebut.

Katanya, ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat pihak berkuasa di negara berkenaan.

“Saya harap semua sentiasa ‘update’ (cakna) tentang undang-undang Singapura. Baru-baru ini ramai yang kena tahan bawa vape (rokok elektronik) dan sebagainya.

“Apabila disiasat, pasport kena ambil dan tidak boleh balik ke Malaysia dan ini akan sebabkan banyak masalah dan kadang kala apabila majikan tahu, mereka akan terus diberhentikan,” katanya dipetik BERNAMA ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada Rabu.

Media pada tahun lalu melaporkan pihak Berkuasa Singapura akan meningkatkan pemeriksaan bagi mengekang penggunaan vape di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut dalam tempoh beberapa bulan akan datang, bermula dengan Lapangan Terbang Changi.

“Penumpang yang masuk mungkin akan disaring untuk vape dan komponennya di balai ketibaan dan mereka didapati memiliki e-vaporizer atau komponennya akan didenda,” kata Kementerian Kesihatan Singapura dan Penguasa Sains Kesihatan. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo