NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPR sukar kekang rasuah tanpa kuasa menghukum, kata NGO

Pengarah Tindak Malaysia Danesh Prakash Chacko mengingatkan kerajaan agar tidak membuat keputusan dasar utama dalam tempoh PRK.


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berdepan cabaran dalam usaha mengekang rasuah kerana tidak berkemampuan mengenakan hukuman terhadap sesiapa yang mengamalkan rasuah ketika pilihan raya, kata sebuah kumpulan pemantau pilihan raya.

Mengulas mengenai peruntukan pembangunan daripada kerajaan untuk Hulu Selangor, yang diumumkan menjelang PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei, Pengarah Tindak Malaysia Danesh Prakash Chacko berkata, proses mendakwa seseorang atas kesalahan rasuah mesti melalui mahkamah kerana ia satu kesalahan besar bawah Kanun Prosedur Jenayah.

Untuk mengelakkan amalan rasuah, katanya, kerajaan harus melaksanakan prinsip kerajaan sementara dan tidak membuat keputusan dasar utama dalam tempoh PRK.

“Ini mungkin termasuk tatakelakuan khas yang akan digubal oleh SPR, terpakai bagi semua anggota kerajaan sementara semasa PRK,” kata Chacko dalam kenyataan.

Pada Khamis, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan RM5.21 juta untuk penduduk Hulu Selangor, yang juga akan digunakan bagi projek di Kuala Kubu Baharu.

Nga menafikan dana itu diperuntukkan memandangkan PRK akan diadakan, dan berkata, kementeriannya “memilih kawasan ini (untuk diberi peruntukan) kerana ia tempat bertuah” dan mempunyai “feng shui” yang bagus.

Langkah ini mengundang kritikan daripada Ketua Perikatan Nasional (PN) Selangor, Azmin Ali, yang dilaporkan Malaysiakini berkata, DAP mengamalkan “politik wang kotor” untuk meraih undi menjelang PRK.

Menyangkal kenyataan Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han yang mempertahankan peruntukan itu, Chacko menekankan bahawa Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyatakan bahawa rasuah pilihan raya juga merangkumi sebarang tindakan yang diambil sebelum pilihan raya.

“Pengumuman peruntukan oleh kementerian itu tidak boleh diambil mudah,” katanya.

Ng semalam berkata, peruntukan itu ialah “perkara biasa” dan tiada kaitan dengan PRK di Kuala Kubu Baharu memandangkan ia diumumkan di luar tempoh berkempen.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo