NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sistem pendidikan lemah gagal iktiraf Pak Samad, kata peguam

Dominic Puthucheary berkata, jurang dalam pengetahuan sejarah boleh menjurus kepada keputusan dan dasar dibuat dengan maklumat yang kurang.


PETALING JAYA: Kekurangan pengiktirafan tokoh sejarah penting seperti wartawan A Samad Ismail menunjukkan wujudnya kelemahan yang besar dalam sistem pendidikan negara, kata peguam perlembagaan Dominic Puthucheary.

Kesilapan ini, katanya, menyebabkan pelajar tidak benar-benar memahami sejarah negara dan tokoh-tokoh pentingnya.

Pada sebuah majlis memperingati Samad hari ini, Puthucheary berkata, reformasi pendidikan yang ketara diperlukan untuk menangani jurang ini.

“Beberapa tahun lepas, saya menghadiri sebuah seminar di Universiti Malaya, yang disertai lebih seratus orang. Bila saya tanya sama ada kenal Pak Samad, tiada sesiapa yang kenal.

“Ini adalah pelajar-pelajar kita, orang kita, yang tidak kenal cendekiawan (negara) mereka sendiri,” katanya.

“(Perkara ini) hasil sistem yang mengajar kita lupa hero kita yang sebenar, sebaliknya mempromosikan tokoh-tokoh tertentu yang dipilih, dan mengharapkan kita menghargai (tokoh-tokoh tersebut).

Puthucheary berkata, pemahaman sejarah mempengaruhi keputusan politik dan ekonomi semasa, dan jurang dalam pengetahuan sejarah boleh menjurus kepada keputusan dan dasar yang dibuat dengan maklumat yang kurang, yang tidak mencerminkan sejarah negara yang bernuansa.

“Sebab itu saya katakan, jika anda silap tentang sejarah anda, anda akan tersilap dalam politik. Jika anda salah faham politik, anda akan salah faham ekonomi,” katanya.

Beliau turut menekankan peranan penting Samad dalam merangka “perlembagaan rakyat”, yang masih tidak diiktiraf oleh sistem pendidikan dan diabaikan oleh kuasa penjajah, “bertujuan untuk mentakrifkan kerakyatan dengan cara mengatasi perpecahan komunal”.

“Itu ialah perlembagaan tulen yang dicipta oleh rakyat, untuk rakyat, dan untuk Malaysia. Dalam perlembagaan tersebut, terdapat takrifan kerakyatan yang menyatakan bahawa semua warganegara diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.

“Jadi, jika kita bercakap tentang kontrak sosial, kontrak sosial sebenar dalam kalangan semua masyarakat di Malaysia adalah kita semua rakyat Malaysia.

“Ini tanah air kita, kita semua cintakan negara ini, tetapi bahagian ini dalam sejarah kita tak pernah diajar di sekolah mahupun universiti,” katanya.

Samad dilahirkan seabad yang lepas, pada 18 April 1924, dan meninggal dunia pada 4 Sept 2008 akibat jangkitan paru-paru.

Beliau menjadi contoh intipati keberanian kewartawanan dengan keazaman yang tidak pernah patah.

Kerjayanya bermula di Utusan Melayu dan berkembang di New Straits Times, di mana beliau meninggalkan jejak yang ketara dalam arena media di negara ini.

Melalui editorialnya yang menusuk minda dan pelaporan yang teliti, beliau memperjuangkan ketelusan dan akauntabiliti, membentuk wacana awam.


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo