NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rumah kediaman komersial dijadikan rumah abu mayat



  • Fenomena rumah komersial dijadikan rumah untuk meletak abu mayat wujud di beberapa kawasan di China.
  • Antara faktor fenomena ini wujud adalah disebabkan harga tanah perkuburan di negara itu terlalu tinggi terutamanya di pusat bandar.
  • Penduduk tempatan berkata tanah perkuburan yang kualitinya biasa akan mencecah RMB100,000 (RM65,000).
  • Rumah komersial China merupakan bangunan rumah dibina pemaju hartanah lalu dijual secara komersial kepada pembeli, kebiasaannya dijadikan sebagai rumah kediaman.

Fenomena rumah komersial dijadikan rumah untuk meletak abu mayat wujud di beberapa kawasan di China.

Legal Daily melaporkan wujud individu yang membeli rumah komersial dan menjadikannya khas untuk meletakkan abu mayat.

Malahan, penduduk tempatan berkata di sesetengah bangunan didiami penduduk, akan wujud beberapa ‘rumah abu mayat’ di bangunan sama.

Kebiasaannya, tingkap rumah digunakan untuk meletak abu mayat akan ditutup mati.

Antara faktor fenomena ini wujud adalah disebabkan harga tanah perkuburan di negara itu terlalu tinggi, terutama di pusat bandar.

Penduduk tempatan berkata tanah perkuburan yang kualitinya biasa akan mencecah RMB100,000 (RM65,000).

“Tujuan rumah komersial adalah untuk didiami, bukan untuk menyimpan abu si mati. Penggunaan ini berbeza dengan ‘kediaman’ yang biasa difahami,” kata Zhen Ning, Ketua Jabatan Undang-undang Fakulti Pengurusan Industri Budaya Universiti Komunikasi China ketika mengulas kesahan tindakan itu di sisi undang-undang.

Rumah komersial China merupakan bangunan rumah dibina pemaju hartanah dijual secara komersial kepada pembeli, kebiasaannya dijadikan sebagai rumah kediaman. – The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo