NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK KKB referendum kegagalan Kerajaan Madani




HULU SELANGOR
: Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei ini akan menjadi referendum bagi menyatakan kegagalan Kerajaan Madani pada hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri berkata, pilihan raya kali ini juga bukan sekadar pilihan raya bagi menggantikan pemimpin lama, tetapi merupakan referendum yang ditujukan kepada Kerajaan Madani bagi menunjukkan penolakan rakyat terhadap kerajaan.

“Ekonomi hari ini merosot, janji tidak ditunaikan. Peluang telah diberikan, masa telah diberikan tetapi mereka gagal melaksanakan tugas yang diberikan,” katanya dalam majlis Pelancaran Misi 4-0 Jentera Pemuda Perikatan Nasional Selangor, di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda PN, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden; Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Azmin Ali; Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia, Fadzilah Kamaluddin; Setiausaha Armada BERSATU Malaysia, Faiz Rahmad dan Pengarah Jentera Pemuda PRK KKB, Muhammad Hilman Idham.

Menurut Abdul Halim, jentera pemuda adalah jentera paling utama bagi memastikan anak-anak muda di Kuala Kubu Bharu mengundi Perikatan Nasional.

“Masa dan peluang tak banyak. Harapan saya, pastikan kali ini seluruh jentera beritakan kepada rakyat bagi menjelaskan kepada mereka kegagalan kerajaan,” katanya.

KKB adalah satu-satunya DUN di bawah parlimen Hulu Selangor yang tidak dimenangi PN, selepas dua lagi DUN iaitu DUN Hulu Bernam dan DUN Batang Kali berjaya dimenanginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 yang lalu. 

Misi 4-0 akan dicapai jika PN menang DUN KKB kali ini, melengkapi penguasaan parti di Parlimen Hulu Selangor melalui Ahli Parlimennya, Mohd Hasnizan Harun, selain DUN Hulu Bernam (oleh Mu’izzuddeen Mahyuddin) dan Batang Kali (Tuan Muhammad Muhaimin Harith Abdullah). -HARAKAHDAILY 25/4/2024






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo