NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS-PN sedia masuk gelanggang PRK




PASIR MAS: 
PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) sedia masuk gelanggang pilihan raya kecil (PRK) sekiranya enam kerusi Parlimen BERSATU yang menyokong perdana menteri diisytiharkan kosong.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, secara asasnya enam kerusi Parlimen itu milik BERSATU, namun ia tidak menghalang PAS membantu mempertahankan kerusi tersebut.

“Bagi kita tidak kira kerusi milik siapa, siapa yang akan bertanding sekali pun ia tidak menjadi isu memandangkan masih atas nama PN.

“Kita akan bekerja kuat dan kita juga bersedia sekiranya PRK itu berlaku,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Pusat Khidmat Parlimen Pasir Mas di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Armada BERSATU Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal memberitahu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan permohonan pindaan perlembagaan BERSATU bagi membolehkan parti itu mengosongkan enam kerusi ahli parlimen yang menyokong pihak lain.

Pada Mac lepas BERSATU meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas.

Sebelum ini enam ahli parlimen BERSATU menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Selain itu Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Langkah serupa juga dijejaki Adun Selat Klang, Dato’ Abdul Rashid Asari yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Ahli Parlimen yang beralih sokongan akan hilang segalanya kerana tidak layak lagi menjadi calon.

Bagaimanapun, Ahad lepas Ketua Penerangan BERSATU Datuk Razali Idris dilapor berkata, enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN daripada parti itu diberi peluang menetapkan pendirian semula, sebelum tindakan pengguguran sebagai keahlian dilakukan. – HARAKAHDAILY 4/4/2024






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo