Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar berkata, segala pengkhianatan dan penindasan kepada rakyat akan dizahirkan kepada undi Perikatan Nasional (PN) di PRK KKB kelak dan menjadi isyarat penting kepada kerajaan Madani pada ketika ini.
Menurutnya, undi kepada Perikatan Nasional pada PRK kali ini adalah bagi menyatakan protes terhadap perkahwinan luar tabie antara UMNO dan Pakatan Harapan khususnya DAP.
“Negeri Selangor ini banyak isu setempat yang berlaku, tidak sekadar urusan pentadbiran, tetapi juga ekonomi di mana banyak pelabur asing lari meninggalkan negara kita,” katanya.
Selain itu, menurutnya, selain isu tarif elektrik yang naik, isu air juga dekat dengan hati rakyat Selangor kerana kini tiada lagi pemberian air percuma kepada golongan yang memerlukan di negeri ini.
“Ketika kita jadi kerajaan, Datuk Seri Azmin Ali berjaya melaksanakan manifesto air percuma. Bila orang sebut kerajaan negeri Selangor, orang tahu akan pemberian air percuma.
“Begitu banyak inisiatif dan kebajikan yang diberikan kepada rakyat sehingga menjadi simbol kerajaan negeri,” tegasnya pada Majlis Misi 4-0 Jentera Pemuda PN Selangor, di sini, malam tadi.
Turut hadir ialah Ketua Pemuda PN, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden; Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Azmin Ali; Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia, Fadzilah Kamaluddin; Setiausaha Armada BERSATU Malaysia, Faiz Rahmad; dan Pengarah Jentera Pemuda PRK KKB, Muhammad Hilman Idham.
Tambah Mohamed Sukri, pemberian air percuma tidak lagi berlaku apabila Datuk Seri Amirudin Saari mengambil alih pemerintahan, di samping kenaikan tarif air yang berlaku.
“Katanya mahu berikan bantuan bersasar, namun tidak lebih separuh golongan B40 di negeri ini mendapat skim air percuma.
“Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang paling teruk dalam negara. Tidak ada kerajaan yang lebih teruk dari ini,” katanya. -HARAKAHDAILY 25/4/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment