Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata LRT Pulau Pinang merupakan usaha dan permulaan kepada menyelesaikan kesesakan lalu lintas. |
GEORGE TOWN: Kos bagi laluan pertama transit aliran ringan di Pulau Pinang dijangka melebihi RM10.5 bilion, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Ia meliputi laluan rel dari Komtar ke Pulau Silikon, yang sedang ditambak di selatan berhampiran lapangan terbang, dan laluan dari Komtar ke Butterworth yang akan merentas selat.
Pada 2018 dilaporkan laluan rel dari Komtar ke Bayan Lepas, sepanjang 30km, akan menelan kos kira-kira RM9.5 bilion.
“Ianya dalam lingkungan melebihi RM10.5 bilion,” kata Chow kepada pemberita di Komtar.
“Ini semua akan ditentukan setelah permohonan untuk cadangan dijalankan dan perjanjian dimuktamadkan.”
Menyentuh kebimbangan mengenai trafik ketika pembinaan laluan LRT, Chow berkata ia “kos” yang rakyat perlu bayar untuk memiliki pengangkutan awam yang berkesan dan cekap.
Walaupun projek LRT tidak akan sama sekali dapat selesaikan 100% isu kesesakan lalu lintas, ia suatu usaha dan permulaan, tegas Chow.
“Sangkut dalam kesesakan lalu lintas setiap hari juga merupakan satu ‘kos’ yang perlu ditanggung oleh rakyat dan negeri…sekiranya kita tidak ada satu sistem pengangkutan awam dan rangkaian jalan raya yang efektif dan efisien,” katanya.
“Pada masa akan datang rakyat tak perlu pikul kos sesak atas jalan dan menghabiskan beribu-ribu berjuta-juta jam-manusia dalam kesesakan lalu lintas.”
Chow juga berharap, NGO yang membantah projek LRT ini dapat melihat secara keseluruhan. Menurutnya, projek ini disokong lebih 90% daripada rakyat Pulau Pinang yang menyertai libat urus.
Laluan LRT itu dijangka siap menjelang 2030, dengan kerja-kerja dijangka bermula seawal September oleh SRS Consortium, khususnya Gamuda, yang akan menjalankan segmen pertama laluan rel dari Komtar ke Pulau Silikon.
Keseluruhan projek yang dipimpin oleh MRT Corp dibahagikan kepada tiga segmen, yang mana dua kontrak selebihnya dibuka untuk tender.
Dua kontrak itu – merangkumi laluan dari Komtar ke Penang Sentral di Butterworth, serta sistem “turnkey” dan “rolling stocks” – akan ditawarkan secara tender terbuka.
Laluan Mutiara yang sepanjang 29km dilaporkan ada 20 stesen, termasuk dua stesen pertukaran di Komtar dan Penang Sentral.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment