NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan kongsi cerita LRT saja, mana terowong dasar laut? – Gerakan



GEORGE TOWN – Parti Gerakan Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mendedahkan perkembangan terkini projek terowong dasar laut yang masih gagal dilaksanakan sehingga kini.

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, ia susulan kerajaan negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan tanah kepada pihak swasta yang menyediakan laporan kajian kebolehlaksanaan bagi projek ini dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM305 juta.

“Bagaimanapun, kini hanya projek perumahan mega didirikan di atas tanah tersebut bukan terowong dasar laut.

”Jadi kerajaan negeri perlu bertanggungjawab untuk menjawab persoalan itu kepada seluruh penduduk Pulau Pinang seperti mana yang dijanjikan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika menjadi ketua menteri,” katanya kepada pemberita.

Tambah Tong Keong, Kon Yeow perlu memikul tanggungjawab tertentu dalam projek mega tersebut susulan beliau merupakan Exco Kemudahan Asas dan Pengurusan Trafik ketika Guan Eng menjanjikan pelaksanaannya.

“Jadi kita minta kerajaan negeri kongsi maklumat terowong yang masih belum direleasasikan selain maklumkan proses kerja pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri ini,” katanya. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo