NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan cakap soal perpaduan hanya bila mahu ‘pergunakan’ kami, kata Pemuda MCA

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong mengingatkan Adam Adli supaya tidak bercakap soal perpaduan hanya ketika Pakatan Harapan memerlukan parti itu pada PRK dan PRN.


PETALING JAYA: Seorang pemimpin sayap MCA membidas Ketua Pemuda PKR, Adam Adli yang meminta parti komponen Barisan Nasional itu tidak mengganggu dan mencemarkan imej calon DAP, Pang Sock Tao dalam PRK Kuala Kubu Baharu.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong mengingatkan Adam supaya tidak bercakap soal perpaduan hanya ketika Pakatan Harapan memerlukannya pada PRK dan PRN, sedangkan ada parti dalam kerajaan perpaduan yang dilayan secara tidak ikhlas.

“Sekiranya mereka ikhlas, pastinya sudah wujud pelbagai usaha dan langkah untuk mengeratkan silaturahim dan semangat kerjasama di antara parti komponen di semua peringkat sejak terbentuknya kerajaan perpaduan ini selepas PRU15.

“Namun, perkara ini tidak berlaku, malah sering ada pihak yang melakukan provokasi sesama sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Presiden MCA, Wee Ka Siong sebelum ini mengulangi pendirian partinya tidak akan membantu DAP berkempen pada pilihan raya akan datang.

Neow berkata, sekiranya ada usaha memperbaiki hubungan antara parti dalam kerajaan perpaduan, ia sepatutnya dilakukan sebelum atau selepas PRK Kuala Kubu Baharu.

“Sekarang bukan masa sesuai untuk berbincang mengenai perkara ini. Seeloknya pihak terlibat tumpukan sepenuh perhatian terhadap kempen kali ini dan bukannya terhadap pendirian MCA. Banyak lagi isu-isu berkepentingan rakyat dan negara yang perlu diterangkan kepada penduduk KKB.”

Mengenai penyebaran video lama Pang membidas BN, beliau berkata, jika ada dalam kalangan ahli MCA menyebarkan video itu, ia dilakukan atas kapasiti individu dan tidak mewakili parti.

“Saya tak nafi wujud sentimen kemarahan di kalangan ahli-ahli MCA kerana kenyataan dan serangan berterusan daripada pemimpin DAP sejak sekian lama sehingga hari ini. Itu adalah perasaan dan hak individu yang perlu kita hormati dan tidak berkaitan dengan pendirian parti.”

PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan calon bebas Nyau Ke Xin.



Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo