Seramai 40,226 pemilih layak mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu termasuk pengundi Orang Asli yang mewakili kelompok kecil. |
PETALING JAYA: Penyertaan Parti Orang Asli Malaysia (Asli) pada PRK Kuala Kubu Baharu dijangka hanya akan mengecilkan 4,119 undi majoriti dinikmati Pakatan Harapan (PH) pada PRN tahun lalu, kata penganalisis.
Kelmarin, FMT melaporkan Asli akan mempertaruhkan seorang ahli perniagaan muda yang juga anak orang Asli Selangor sebagai calon pada PRK 11 Mei itu.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata walaupun Kuala Kubu Baharu menjadi medan pertama Asli menampilkan kekuatannya, namun tidak dinafikan calon parti itu mampu menjadi pemecah undi.
Menurutnya, parti baharu boleh meraih sebahagian sokongan masyarakat Orang Asli yang mewakili 1% daripada keseluruhan 40,226 pemilih.
“(Penyertaan Asli) dianggap sebagai pemecah undi kerana mereka tahu mereka tak akan menang kerana lazimnya majoriti orang Asli akan menyokong kerajaan hari ini.
“Jadi yang rugi di sini adalah PH yang mungkin akan kehilangan sedikit undi daripada orang Asli,” katanya kepada FMT.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebaliknya berpendapat calon Asli tidak berupaya mengubah sebarang angka, malah penyertaan parti ditubuhkan Disember 2022 itu hanya sia-sia.
“Ini kerana parti yang jauh lebih berpengaruh seperti Pejuang, Muda dan Putra…yang nampak lebih menonjol pun mereka gagal dalam setiap pilihan raya malah mereka hilang deposit,” katanya.
“Hari ini orang hanya memilih dua parti sama ada kerajaan perpaduan atau Perikatan Nasional (PN). Jadi lain-lain parti tidak signifikan dalam urusan demokrasi di Malaysia.”
Bagaimanapun, Mazlan tidak menolak parti dipimpin Rashid Ka’ itu mampu meraih paling tinggi sehingga 500 undi, bergantung kepada undi signifikan kaum itu.
DUN Kuala Kubu Baharu terletak bawah Parlimen Hulu Selangor yang mempunyai 46% pengundi Melayu, Cina (30%), India (18%) dan lain-lain (5%).
DAP yang mewakili PH mencalonkan Pang Sock Tao, 31, dalam misi mempertahankan DUN Kuala Kubu Baharu yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP pada 21 Mac lalu.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment