NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukan isu besar, DAP sekarang sudah akui sumbangan MIC, akar umbi Umno, MIC ulas ucapan tular calon

Pang Sock Tao yang ditampilkan sebagai ‘calon kerajaan perpaduan’ diiringi pemimpin parti-parti yang bekerjasama, pada hari penamaan semalam.



HULU SELANGOR: Pemimpin akar umbi Umno dan MIC menyifatkan video lama calon DAP kritik Barisan Nasional ‘bukan isu besar’, mengenang perseteruan antara mereka sebelum ini.

Ketua Umno Hulu Selangor, Mohd Isa Abu Kassim, berkata hakikatnya parti-parti politik sudah tentu saling ‘menghentam’ apabila bermusuhan.

“Video ucapan Pang kritik BN itu tak beri kesan sebab ia video lama malah dua pihak ada, DAP ada, Umno ada, PAS ada, Bersatu ada, semua ada ucapan menghentam satu sama lain semasa menjadi musuh politik,” katanya kepada FMT.

Menuju hari penamaan PRK Kuala Kubu Baharu semalam, tular di media sosial video lama Pang Sock Tao mengkritik BN ketika berkempen sempena PRU15.

Pang yang enggan melayan penularan ucapannya itu menegaskan beliau kali ini tampil sebagai “calon kerajaan perpaduan”.

Dalam kalangan komponen BN, Umno dan MIC menyatakan ia akan membantu kempen pilihan raya kerajaan manakala MCA tidak mahu terlibat kerana terguris dengan “penghinaan” pemimpin DAP.

“Video tular bukan isu besar sehingga penyokong dan ahli MIC nak memboikot calon kerajaan perpaduan,” kata Ketua MIC Hulu Selangor, K Balasundaram.

Malah beliau mendedahkan bahawa kerjasama ini mendorong pemimpin DAP untuk menghulur tangan kepada MIC.

“Contohnya Naib Pengerusi DAP Selangor, V Ganabatirau, datang ke bilik gerakan MIC. Beliau kata hari ini di Malaysia sekolah Tamil masih kekal disebabkan hasil usaha MIC,” katanya kepada FMT.

“Sebelum ini semasa bergaduh macam-macam mereka kata, hari ini mereka mengaku sumbangan MIC kepada masyarakat India sangat besar, jadi kenyataan ini memberi semangat baharu.”

PRK kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia, dan seorang calon bebas.

Pang akan mempertahankan kerusi itu daripada cabaran Khairul Azhari Saut (Bersatu), Hafizah Zainudin (PRM), dan Nyau Ke Xin.

Pengundi Kuala Kubu Baharu akan memilih wakil rakyat mereka pada 11 Mei.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo